Pembangunan Bangsa Bukan Terletak Pada ‘Kurang Ajar’


Timbalan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Amira Aisya Abd. Aziz baru-baru ini memuat naik ciapan di laman Twitter peribadinya tentang sajak karyawan terkemuka Malaysia, Usman Awang.

Amira Aisya memetik kata-kata Usman Awang 'suatu bangsa tidak menjadi besar tanpa memiliki sifat kurang ajar'.

Perkataan 'kurang ajar' dalam peradaban Melayu khususnya sangat besar konteksnya. Masyarakat Melayu amat menghargai nilai-nilai sopan santun dan adab.

Bagi masyarakat Melayu, menunjukkan perilaku kurang sopan dianggap sebagai perbuatan buruk dan tidak bertanggungjawab.

Sikap kurang agar terhadap orang lain akan mencetuskan konflik serta ketidakharmonian dalam masyarakat.

Maka, atas dasar itu, masyarakat Melayu amat menegah sikap kurang ajar.

Sumber: https://twitter.com/_amiraaisya/status/1626692142197362714


Pembangunan bangsa bukan sahaja berteraskan kepada sikap 'kurang ajar' yang dimaksudkan oleh Amira Aisya.

Banyak lagi faktor penting yang mendorong kepada pembangunan sesebuah bangsa.

Pertama, aspek pendidikan. Pendidikan memberi peluang kepada rakyat untuk meningkatkan kemahiran dan kebolehan mereka terutamanya dari segi kemahiran kritis serta analitikal.

Melalui pendidikan yang berkualiti, rakyat dapat membantu membangunkan ekonomi negara menerusi peningkatan produktiviti dan inovasi selain membina masyarakat lebih harmoni dan beradab.

Sebagai pemimpin politik, Amira Aisya mempunyai tanggungjawab untuk menyediakan infrastruktur pendidikan dan sumber yang mencukupi bagi melahirkan modal insan berkualiti serta berdaya saing tinggi.

Sumber: https://www.haluan.org.my/kualiti-pendidikan-dalam-melahirkan-modal-insan-negara/


Kedua, aspek kepimpinan. Pembangunan bangsa perlu diterajui oleh kepimpinan yang cekap dan amanah.

Maka, wajar untuk sesebuah negara seperti Malaysia memiliki sistem pemerintahan yang telus dan berintegriti.

Sistem pemerintahan yang efisien akan membantu memastikan kekayaan negara dapat digunakan secara efektif dan adil, sekali gus dapat memupuk kepercayaan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

Pemimpin politik seperti Amira Aisya wajar memberikan contoh dan mengamalkan nilai-nilai positif serta mempamerkan ciri-ciri kepimpinan yang berkesan.

Selain itu, Amira Aisya perlu menjaga kesatuan dan keharmonian rakyat selain bekerjasama dengan semua lapisan masyarakat untuk mencapai matlamat yang sama.

Sumber: https://www.bharian.com.my/rencana/minda-pembaca/2020/08/725798/pilih-pemimpin-miliki-jiwa-rakyat-negara


Ketiga, pembangunan bangsa tidak akan berjaya tanpa kerajaan menyediakan infrastruktur yang berkualiti tinggi seperti jalan raya, sistem pengangkutan awam, sistem perkhidmatan kesihatan dan sokongan sosial.

Infrastruktur yang berkualiti tinggi akan memudahkan jaringan perdagangan dan pergerakan barang serta manusia, sekali gus dapat mempercepatkan kemajuan ekonomi negara.

Pembangunan infrastruktur yang berkualiti tinggi dapat meningkatkan daya saing negara dalam sektor ekonomi antarabangsa.

Melalui infrastruktur yang canggih, pelaburan asing dapat dijana dan membuka peluang baharu bagi perniagaan tempatan.

Selain itu, taraf hidup rakyat akan menerima impak positif. Mereka boleh menikmati kemudahan yang lebih baik seperti pengangkutan awam yang canggih, sistem perumahan yang berkualiti dan bekalan elektrik yang lebih sistematik.

Malah, pembangunan infrastruktur yang berkualiti tinggi dapat memberi peluang pekerjaan baharu dalam pelbagai sektor di Malaysia.

Sumber: https://www.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2022/08/982864/kerjasama-sektor-awam-swasta-pacu-kemajuan-infrastruktur-negara


Tuntasnya, banyak faktor-faktor yang menjurus kepada pembangunan bangsa di Malaysia.

Amira Aisya perlu melihat secara menyeluruh dan tidak memandang pada satu sudut sahaja.

Sebagai pemimpin politik muda, Amira Aisya perlu melontarkan idea yang lebih segar untuk memacu pembangunan bangsa di Malaysia.

Konteks 'kurang ajar' untuk membangunkan sesebuah bangsa tidak bersesuaian dibicarakan secara terbuka.

Tindakan itu boleh mengundang salah faham kepada generasi yang lebih muda khususnya.

Mereka akan beranggapan perlunya untuk bersikap kurang ajar bagi memajukan negara.

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Dua Tun dan Dana Haram UMNO

Penyatuan 'Tidak Ikhlas' Mahathir-PAS

Isteri Daim Culas Bayar Cukai Pendapatan