Prinsip MUDA Tidak Pernah Selari
Pada 2023, parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mengumumkan akan menarik sokongan daripada kerajaan. Parti itu mendakwa mereka tidak akan bertolak ansur dengan keputusan pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. MUDA mengisytiharkan diri mereka sebagai 'kuasa ketiga' di blok pembangkang. Langkah berkenaan kononnya dianggap sebagai tindakan berprinsip. Namun ada satu langkah yang tidak diambil oleh MUDA iaitu mengosongkan kerusi yang dimenangi atas Pakatan Harapan (PH). Malah, tiga tahun kemudian, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman masih duduk di kerusi Muar. SUMBER: https://www.hmetro.com.my/utama/2023/09/1008654/kerajaan-hilang-majoriti-dua-pertiga-strategi-arm-twisting-syed-saddiq-pakar Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), PH tidak meletakkan calon di Muar sebagai sebahagian daripada persefahaman dengan MUDA. Syed Saddiq menang dengan hanya 37.55 peratus undi dan majoriti tipis 1,345 undi menentang calon PAS. Dala...