Mahathir 'Jahanamkan' Sabah


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini mendakwa ada pihak cuba memberi kerakyatan kepada tujuh pemain warisan bola sepak negara secara tidak sah.

Dia mendakwa tiada pemeriksaan dan proses yang sepatutnya dibuat dalam masa singkat.

Mahathir mengatakan dia rasa malu dengan situasi berkenaan dan tidak sepatutnya berlaku.

Namun, kalau difikirkan semula, bukankah Mahathir pernah terlibat dalam projek rahsia berhubung isu kerakyatan di Sabah suatu masa dulu?

Adakah Mahathir lupa tentang peristiwa itu? Mahu diingatkan semula?

SUMBER: https://x.com/mulhiddin1/status/1948673454619697269


Projek IC merujuk kepada program rahsia yang melibatkan pemberian dokumen pengenalan diri kepada pendatang tanap izin di Sabah pada 1980-an.

Tujuan projek IC adalah menumbangkan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Kad pengenalan dan sijil lahir dikeluarkan kepada pendatang dari Filipina, Indonesia dan Pakistan.

Mereka kemudiannya diarahkan untuk mengundi parti selain PBS khususnya UMNO.

UMNO ketika itu dipimpin oleh Mahathir. Mahathir menggunakan jawatannya untuk mengarahkan beberapa pegawai tertinggi kerajaan Sabah mengeluarkan berpuluh atau mungkin beratus ribu kad pengenalan palsu.

Bayangkan, populasi penduduk di Sabah melonjak kepada 301% dari tahun 1970 hingga 2000 selepas projek itu dilaksanakan.

Suhakam turut mengesahkan kira-kira 750,000 pendatang di Sabah mempunyai kad pengenalan diri yang sah tanpa sebarang proses kelulusan.

SUMBER: https://www.thevibes.com/articles/news/65478/what-is-project-ic-and-why-is-pbs-bringing-it-up-again


Mahathir sewenang-wenangnya menggunakan kuasa sebagai Perdana Menteri dan mengabaikan Perlembagaan serta hak Sabah di bawah Perjanjian 1963 (MA63).

Projek itu telah menyebabkan rakyat Sabah merasa mereka terpinggir dan 'dijajah' oleh penduduk Semenanjung.

Semuanya gara-gara ketamakan kuasa Mahathir untuk menjatuhkan musuh politiknya.

Mahathir mendakwa ramai pendatang asing yang sudah lama tinggal di Sabah 'layak menjadi warganegara'.

Di manakah proses kerakyatan yang telus dan saksama yang kononnya diperjuangkan oleh Mahathir?

SUMBER: https://x.com/Capt_Mundy/status/1968116156147081506


Sehingga kini, rakyat Sabah terpaksa menanggung impak buruk daripada projek dangkal Mahathir itu.

Rakyat asal Sabah, termasuk kaum Kadazan-Dusun, Murut dan Bajau tempatan telah menjadi minoriti di tanah air mereka sendiri.

Kedatangan pendatang asing secara beramai-ramai telah mengubah keseimbangan etnik dan agama negeri tersebut.

Akibatnya, akses kepada pendidikan, pekerjaan dan sumber asas semakin sukar.

Generasi muda Sabah terperangkap dalam kemiskinan dengan kadar pengangguran melebihi 10% dan migrasi ke Semenanjung atau luar negara menjadi pilihan terakhir buat mereka.

Sabah sepatutnya menjadi negeri maju dengan hasil bumi yang melimpah, tetapi kerana politik kuasa, negeri itu masih jauh ketinggalan.

Banyak peruntukan pembangunan tidak sampai kepada rakyat kerana dibolot oleh sistem yang tidak lagi memihak kepada penduduk tempatan.

SUMBER: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2018/01/01/sabahans-wont-forgive-dr-m-for-projek-ic-says-sabah-leader/1543601


Projek IC atau projek M menjadi contoh jelas kepada pembohongan Mahathir tentang proses kerakyatan sewajarnya telus.

Mahathir sendiri telah 'menjahanamkan' Sabah gara-gara kerakusan untuk merampas takhta di negeri itu.

Luka rakyat Sabah terhadap peristiwa itu masih belum sembuh.

Sehingga kini, Mahathir terus menerus menafikan penglibatannya, namun kita tahu siapa dalang sebenarnya.

Mahathir hanya pandai mengkritik orang lain tetapi dia sendiri tidak betul.

Comments

Popular posts from this blog

Rakyat Tidak Lupa Tentang Razak Baginda

Razak Baginda Dakwa Pembunuhan Altantuya ' Kes Biasa'

Mengapa Razak Baginda Mengunci Mulut?