Posts

Showing posts with the label Papagomo

Papagomo Penyebar Hasutan Dan Fitnah

Image
Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo sering muncul di media sosial sebagai 'aktivis politik' yang kononnya membela 'perjuangan' Melayu dan Islam serta menjadi pengkritik Kerajaan Madani. Dia mendakwa dirinya sebagai pejuang kebenaran namun hakikat sebenarnya Papagomo adalah penghasut, penyebar fitnah dan kuat menghina institusi negara. Papagomo bukanlah wira rakyat, sebaliknya individu yang berisiko menjadi ancaman kepada keharmonian sosial, kedaulatan undang-undang serta maruah Malaysia. Dia tidak pernah serik meskipun berkali-kali ditahan, didakwa dan dikenakan hukuman. Papagomo terus menggunakan platform media sosialnya untuk menyebarkan kebencian, fitnah dan hasutan sambil mendakwa memperjuangkan Islam namun ironinya, sangat memalukan. Pada 6 September 2012, Papagomo secara rasmi dibuang daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas disabitkan kesalahan jenayah. Dia pernah bertugas sebagai konstabel di Balai Polis Ampang Jaya da...

Retorik Perjuangan Tiada Hala Tuju Papagomo

Image
Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo bukan nama asing dalam dunia politik tanah air. Banyak kontroversi melibatkan pemilik nama samaran Papagomo ini. Hendak kata memberi sumbangan kepada negara dan masyarakat, tiada pula. Sekadar muncul di pelbagai platform media sosial dan menyebarkan agenda peribadinya. Sekejap menyokong pihak A, sekejap menyokong pihak B. Pendek kata, dia hanya mahu mencari publisiti diri sendiri dengan mencetuskan segala kontroversi. Papagomo pada 2018 pernah berhasrat mahu menarik balik hak mengundi kaum Cina dan India. Dia mendakwa mahu meminda Perlembagaan Persekutuan untuk membentuk kerajaan Bumiputera. Papagomo 'tidak menoleh kiri dan kanan' apabila mengeluarkan kenyataan seumpama itu. Papagomo lupa bahawa Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum? Untuk pengetahuan Papagomo, undian daripada semua kaum adalah penting untuk membentuk perpaduan dan keharmonian kaum di negara ini. Malah, undi daripada semua signifikan untuk memastikan keadi...