Retorik Perjuangan Tiada Hala Tuju Papagomo


Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo bukan nama asing dalam dunia politik tanah air.

Banyak kontroversi melibatkan pemilik nama samaran Papagomo ini.

Hendak kata memberi sumbangan kepada negara dan masyarakat, tiada pula.

Sekadar muncul di pelbagai platform media sosial dan menyebarkan agenda peribadinya.

Sekejap menyokong pihak A, sekejap menyokong pihak B.

Pendek kata, dia hanya mahu mencari publisiti diri sendiri dengan mencetuskan segala kontroversi.

Papagomo pada 2018 pernah berhasrat mahu menarik balik hak mengundi kaum Cina dan India.

Dia mendakwa mahu meminda Perlembagaan Persekutuan untuk membentuk kerajaan Bumiputera.

Papagomo 'tidak menoleh kiri dan kanan' apabila mengeluarkan kenyataan seumpama itu. Papagomo lupa bahawa Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum?

Untuk pengetahuan Papagomo, undian daripada semua kaum adalah penting untuk membentuk perpaduan dan keharmonian kaum di negara ini.

Malah, undi daripada semua signifikan untuk memastikan keadilan, kesaksamaan dan kepuasan bagi semua lapisan masyarakat.

Melalui undi juga, kaum Cina dan India dapat menyuarakan pandangan serta pendapat mereka kepada wakil-wakil rakyat untuk memperjuangkan isu berkaitan kepentingan serta kebajikan setiap kaum.

Adakah Papagomo mahu memecahbelahkan semua kaum? Tolong berfikir dahulu sebelum mengeluarkan apa jua kenyataan.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/57763/jangan-persoal-hak-mengundi-rakyat


Papagomo baru-baru ini dimalukan oleh seorang aktivis politik, Wan Mahussin Wan Zin.

Wan Mahussin menggelar Papagomo sebagai pengecut kerana hendak lari daripada perjuangan selepas mengajak orang ramai untuk tidak mengundi UMNO dan sebaliknya memilih Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya akan datang.

Wan Mahussin mengatakan Papagomo hanyalah memperalatkan parti untuk kepentingan peribadi dan bukannya bersungguh-sungguh mahu menyelamatkan agama serta bangsa atau UMNO.

Papagomo sebenarnya hanya mahu mengampu Tun Dr Mahathir Mohamad sahaja. Sebab itu dia menyertai PAS untuk bersama-sama memperjuangkan agenda Proklamasi Melayu.

Dia mendakwa, dia menyertai perjuangan Mahathir itu demi agama, bangsa dan tanah air.

Kalau benar mahu memperjuangkan orang Melayu, Papagomo patut sedar Mahathir bukan orang yang sesuai untuk diikuti.

Mahathirlah punca perpecahan orang Melayu di negara ini khususnya tindakannya yang melompat parti dan menubuhkan parti baharu serta berterusan menyindir kaum Melayu.

Jangan berbohong, Papagomo. Kalau benar bersungguh-sungguh memperjuangkan orang Melayu, mengapa perlu menyertai Mahathir.

Sumber: https://malaysiagazette.com/2023/07/01/papagomo-kalah-debat-dengan-wan-mahussin/


Papagomo sebelum ini mendakwa ada parti menipu Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) untuk membentuk Kerajaan Perpaduan.

Kerajaan Perpaduan adalah hasil titah YDPA selepas tiada mana-mana pihak mendapat majoriti untuk membentuk kerajaan.

YDPA sangat mengambil berat isu berkenaan kerana akan mengganggu gugat pentadbiran negara dan meresahkan rakyat.

Adakah Papagomo sebenarnya tidak berpuas hati dengan keputusan YDPA? Keputusan yang dibuat berlandaskan beberapa siri pertemuan dengan semua parti terbabit.

Dokumen akuan bersumpah juga diberikan mengikut prosedur dan tatacara ditetapkan.

Tidak perlu sibuk dengan hal pentadbiran negara. Biar YDPA dan Majlis Raja-Raja menentukan keputusan yang terbaik untuk rakyat serta negara.

Sumber: https://malaysiagazette.com/2023/07/01/bukit-aman-siasat-papagomo-dakwa-zahid-tipu-agong/


Sebagai aktivis politik, Papagomo sepatutnya lebih neutral dalam memperjuangkan sesuatu isu untuk rakyat.

Aktivis politik tidak boleh hanya cenderung kepada satu bahagian sahaja.

Kalau hendak memperjuangkan orang Melayu, jangan semberono mengeluarkan kenyataan yang boleh membuat kaum lain membenci Melayu.

Banyak lagi cara lain untuk memperjuangkan Melayu. Orang Melayu sendiri tidak gemar ada pihak cuba memecahbelahkan kaum seperti Papagomo.

Kadang-kadang, matlamat tidak menghalalkan cara. Papagomo perlu kaji balik niat asal perjuangannya itu, sama ada benar-benar untuk agama dan bangsa atau diri sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Dua Tun dan Dana Haram UMNO

Penyatuan 'Tidak Ikhlas' Mahathir-PAS

Isteri Daim Culas Bayar Cukai Pendapatan