Posts

Showing posts with the label PRU16

MUDA Gagal Tangani Krisis Sendiri

Image
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) melangkah masuk ke pentas politik Malaysia dengan lagak seorang penyelamat pada enam tahun lalu. Penuh bersemangat dan mendakwa mereka adalah 'angin segar' yang bakal membawa pembaharuan kepada politik lama di negara ini. Namun, parti itu hari ini berdepan pelbagai krisis dalaman yang merosakkan MUDA sedikit demi sedikit. Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah ujian sebenar buat MUDA dan kelemahan parti itu dari awal lagi sudah terdedah seluas-luasnya.  Kelemahan terbesar MUDA di Johor bukan sekadar soal jentera atau dana parti, namun lebih daripada itu. MUDA gagal memahami denyut nadi belia Johor yang sebenar. Majoriti belia Johor bukanlah anak muda liberal di kawasan bandar yang gemar berdebat di kafe-kafe yang memiliki kemudahan Internet. Golongan belia di negeri itu adalah mereka yang risau tentang isu peluang pekerjaan, kos hidup, masalah agama dan Pendidikan Kesemua isu itu memerlukan jawapan yang konkrit daripada mereka yang lebih...

PAS Biadab, Mahu Terus Jatuhkan Kerajaan

Image
PAS nampaknya cuba bermain api dengan mengatakan saranan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) berhubung perubahan kerajaan adalah pandangan peribadi baginda. YDPA bertitah sekiranya mahu bermain politik atau cuba mengubah kerajaan, perlu tunggu sehingga Pilihan Raya Umum ke-16. Titah baginda itu ada asasnya kerana ketika pemerintahan Sultan Pahang sebagai YDPA ke-16 sebelum ini, negara menyaksikan tiga kali perubahan kerajaan dalam tempoh lima tahun. Sultan Pahang sendiri mengatakan perkara itu tidak pernah berlaku dalam sejarah negara dan menggesa semua pihak sama ada kerajaan atau pembangkang, berganding bahu semula serta mengetepikan perbezaan politik. Disebabkan itu, YDPA ke-17 iaitu Sultan Ibrahim mahu semua pihak lebih fokus kepada kesejahteraan rakyat dan kurangkan bermain politik. SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/697466 Membuat dakwaan bahawa titah YDPA hanya sekadar 'pandangan peribadi' menunjukkan sikap biadab PAS terhadap institusi diraja. PAS seolah-olah tidak men...