Posts

Showing posts from August, 2026

Harta Anak-Anak Mahathir Hasil Kronisme, Nepotisme

Image
Kekayaan anak-anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi subjek kritikan oleh pelbagai pihak. Nilai kekayaan anak-anaknya juga sukar untuk dirahsiakan, tambahan pula apabila melihat kepada portfolio perniagaan serta jawatan yang disandang oleh mereka. Hanya Mahathir seorang yang menyangkal dakwaan bahawa anak-anaknya itu menjadi kaya-raya disebabkan oleh kepentingan politik peribadi yang diamalkan ketika dia menjadi Perdana Menteri. Mahathir mendakwa anak-anaknya itu bekerja keras tanpa mengharapkan bantuan daripadanya. Berhenti bohongi sesiapa, Mahathir. Sukar untuk percaya kesemua anak-anak Mahathir kaya-raya tanpa bantuan daripadanya sendiri. Mahathir tentu ingat sewaktu menjadi PM7 pada 2018, dia melantik anaknya, Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah. Betapa hebatnya Mahathir. Portfolio Mukhriz tidak cemerlang tapi tetap membiarkan anaknya itu memerintah Kedah. Sedangkan, ekonomi Kedah berada pada tahap buruk ketika zaman Mukhriz dan pernah ditendang k...