Posts

Showing posts with the label Telekom

Anak-Anak Mahathir Tidak Perlu Bekerja Keras

Image
Anak-anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dituntut untuk menjelaskan sumber kekayaan atau memulangkan semula wang mereka kepada kerajaan. Anak-anak Mahathir dilaporkan memiliki kekayaan luar biasa bernilai berbilion ringgit. Kerajaan mempertikaikan bagaimana anak-anak bekas Perdana Menteri memiliki kekayaan sebanyak itu. Ramai mengatakan anak-anak Mahathir memperoleh kekayaan mereka menerusi pengaruh Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri. Sebelum ini, Tan Sri Mokhzani Mahathir memiliki aset bernilai sekitar RM1 bilion manakala Mirzan Mahathir mempunyai aset sebanyak RM246.2 juta seperti diisytiharkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Realitinya itulah yang terjadi meskipun Mahathir berulang kali menafikan dakwaan tersebut. SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/07/1426695/anak-anak-dr-mahathir-perlu-penjelas-sumber-kekayaan-pm Anak-anak Mahathir sering mendapat keistimewaan kerana bapa mereka adalah Perdana Menteri sebelum ini. Buka...

Mukhriz Wajar Disiasat

Image
Presiden Parti Pejuang Tanah Air, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sepatutnya turut disiasat oleh pihak berkuasa berhubung kegiatannya dalam urusan jual beli tanah dan tender kerajaan. Bukan sahaja Mirzan dan Mokhzani yang menerima keistimewaan daripada Mahathir, malahan Mukhriz juga turut mendapat 'manfaat' ketika bapanya menjadi Perdana Menteri. Mukhriz semestinya panas punggung ketika ini apabila dua adik beradiknya berada dalam siasatan pihak berkuasa. Dia lebih banyak menyakau aset negara ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri dan pencapaiannya dalam politik hanya disokong gara-gara pengaruh bapanya. Mukhriz merupakan pemegang saham terbesar bagi syarikat Opcom Holdings Berhad. Malah, isteri kepada Mukhriz, Norzieta Zakaria turut memiliki pegangan saham dalam firma tersebut. Sepucuk surat rasmi daripada Kementerian Kewangan bertarikh 7 Oktober 2003 yang dikeluarkan kepada Opcom Holdings Berhad tular di media sosial sebelum ini. Ketika itu, Mahathir masih lagi memegang jawatan ...

Mahathir dan Kontroversi

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah lari daripada kontroversi. Ada sahaja kontroversi atau skandal yang dikaitkan dengan Mahathir. Pepatah mengatakan, kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang. Kalau dia tidak buat, mana mungkin orang lain akan bercakap. Namun, Mahathir sangat licik menyembunyikan perbuatannya dan kerap kali menafikan segala skandal yang terpalit dengan namanya. Mahathir bagaimanapun tidak boleh lari selama-lamanya. Banyak bukti bertebaran di media sosial tentang 'kejahatan' Mahathir terutamanya ketika menjadi Perdana Menteri. Mahathir pernah meluluskan empat syarikat berasingan untuk melombong dan mengeksport pasir ke luar negara ketika menjadi PM7. Satu dokumen dengan kepala surat Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli bertarikh 29 November 2018 meluluskan permit import (AP) pengeksportan pasir ke luar negara. Dalam surat itu turut tertulis, Mahathir telah bersetuju untuk meluluskan AP bagi pengeksportan pasir sungai ke luar negara membab...