Mahathir dan Kontroversi


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah lari daripada kontroversi.

Ada sahaja kontroversi atau skandal yang dikaitkan dengan Mahathir.

Pepatah mengatakan, kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang. Kalau dia tidak buat, mana mungkin orang lain akan bercakap.

Namun, Mahathir sangat licik menyembunyikan perbuatannya dan kerap kali menafikan segala skandal yang terpalit dengan namanya.

Mahathir bagaimanapun tidak boleh lari selama-lamanya. Banyak bukti bertebaran di media sosial tentang 'kejahatan' Mahathir terutamanya ketika menjadi Perdana Menteri.

Mahathir pernah meluluskan empat syarikat berasingan untuk melombong dan mengeksport pasir ke luar negara ketika menjadi PM7.

Satu dokumen dengan kepala surat Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli bertarikh 29 November 2018 meluluskan permit import (AP) pengeksportan pasir ke luar negara.

Dalam surat itu turut tertulis, Mahathir telah bersetuju untuk meluluskan AP bagi pengeksportan pasir sungai ke luar negara membabitkan empat buah syarikat.

Kandungan surat menjelaskan pelantikan kesemua syarikat itu adalah atas persetujuan Mahathir.

Itu baru satu bukti, belum lagi kelulusan lain yang diberikan oleh Mahathir semasa rejim pemerintahannya.

Sumber: https://suara.tv/28/10/2021/dulu-mahathir-tak-khianat-pula-eksport-pasir-ke-luar-negara-najib-bidas-tun-m/


Sebelum ini, kecoh tentang penularan sepucuk surat rasmi daripada Kementerian Kewangan bertarikh 7 Oktober 2003 yang dikeluarkan kepada Opcom Holdings Berhad.

Ketika itu, Mahathir masih lagi memegang jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Sekadar imbas kembali, Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri buat kali pertama pada 31 Oktober 2003.

Mahathir sempat untuk memberikan kontrak membekal fiber optik bernilai RM214.2 juta secara rundingan terus oleh Telekom Malaysia kepada Opcom Holdings Berhad.

Mengapa syarikat itu mendapat tender berkenaan secara rundingan terus? Anak-anak Mahathir iaitu Mukhriz dan Mokhzani memiliki kepentingan dalam syarikat berkenaan pada masa itu.

Malah, isteri kepada Mukhriz, Norzieta Zakaria turut memiliki pegangan saham dalam firma tersebut.

Tidak hairan mengapa syarikat itu mendapat keistimewaan berbanding syarikat-syarikat lain sehingga mendapat projek tersebut.

Pada 2013, beberapa pihak mahu kerajaan memberikan penjelasan berhubung wang pampasan berjumlah RM207 bilion yang diberikan oleh kerajaan Jepun kepada mangsa serta waris buruh paksa untuk membina Landasan Keretapi Maut dari Siam ke Burma semasa Perang Dunia Kedua.

Wang tersebut dikatakan tidak dimasukkan ke dalam Perbendaharaan. Mustahil wang berkenaan boleh lesap begitu sahaja.

Malahan, Pejabat Gabenor Bank Negara juga mengesahkan wang tersebut disalurkan kepada kerajaan oleh Jepun pada 2014.

Mahathir sebagai Perdana Menteri pada era 1990-an perlu menjawab segala persoalan tentang keberadaan wang berkenaan namun membisu sehingga ke hari ini.

Tidak mungkin Mahathir tidak tahu tentang soal wang tersebut? Adakah dia telah songlap duit berkenaan?

Jika benar, tergamak Mahathir menggunakan wang itu demi kekayaan peribadinya.

Sumber: https://www.malaysia-today.net/2021/07/17/mahathir-where-is-the-rm207-billion-death-railway-compensation-money/

https://harakahdaily.net/index.php/2019/03/08/bekas-buruh-paksa-jepun-tidak-terbela/


Ikutkan, banyak lagi perbuatan Mahathir yang terkutuk. Kalau hendak dirangkumkan semua, tujuh hari tujuh malam tidak habis.

Peliknya, Mahathir masih tidak malu untuk mengatakan dia banyak melakukan kebaikan dalam politik negara.

Rasa nak termuntah mendengarnya apabila Mahathir berkata demikian.

Kalau banyak membuat kebaikan kepada rakyat, mustahil rakyat tidak lagi menyokong Mahathir.

Mengapa kalah teruk di Langkawi ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15)? Itu baru satu petanda.

Banyak kejahatan tentang Mahathir telah terdedah. Cukup-cukuplah Mahathir mengaku dia seorang yang bersih dalam politik.

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Dua Tun dan Dana Haram UMNO

Penyatuan 'Tidak Ikhlas' Mahathir-PAS

Isteri Daim Culas Bayar Cukai Pendapatan