Projek Mahathir Lebih Teruk


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Projek Rapid Transit System Link (RTS Link) antara Johor Bahru dan Singapura, seolah-olah tidak membawa sebarang manfaat kepada negara ini.

Walhal, dia sendiri yang meluluskan projek tersebut semasa menjadi Perdana Menteri ketujuh pada 2019.

Jika Mahathir merasakan projek berkenaan tidak membawa sebarang manfaat, ingat balik siapa individu yang meluluskannya.

Adakah Mahathir hanya membuat keputusan populis ketika itu untuk meraih sokongan orang ramai semata-mata?

Apabila tidak lagi menjadi Perdana Menteri, dia mengecam pula projek yang pernah diluluskan oleh dirinya sendiri.

SUMBER: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/06/1099454/tun-m-mungkin-lupa-siapa-lulus-projek-rts-link-anthony-loke


Semua projek yang dilaksanakan oleh orang lain, kerap dikecam oleh Mahathir.

Tidak semua projek yang dilaksanakan oleh Mahathir berjaya.

Banyak projek-projek Mahathir terkandas di tengah jalan dan kerajaan terpaksa 'bail out' untuk menyelamatkan projek-projek tersebut.

Pelaksanaan projek RTS adalah lebih baik berbanding projek pengangkutan awam yang pernah dibuat oleh Mahathir.

Mahathir jangan lupa tentang projek LRT Putra-Kelana Jaya yang bankrap dan kerajaan terpaksa bail out sebanyak RM5.3 bilion.

Projek-projek lain seperti LRT2, KL Monorail, bas Intrakota semuanya lingkup tetapi diselamatkan oleh kerajaan.

SUMBER: https://www.mynewshub.tv/2018/06/10-projek-mega-mahathir-gagal-kerajaan-bail-out/


RTS dibina untuk mengurangkan kesesakan di Tambak Johor dan mempercepat perjalanan harian rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura.

Adakah Mahathir tidak pernah melihat situasi rakyat Malaysia setiap hari di Tambak Johor?

Setiap hari terpaksa beratur sepanjang berpuluh atau mungkin beratus kilometer semata-mata mencari sesuap nasi di Singapura.

Apabila RTS dibina, lebih mudah bagi rakyat Malaysia berulang-alik ke Singapura untuk bekerja dan mengurangkan masa perjalanan mereka.

Mahathir tidak akan faham. Mahathir ada pemandu sendiri. Mahu ke mana-mana senang kerana bukan dia yang pandu kenderaan itu.

Dulu Mahathir kata projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura juga tidak penting.

Walhal, projek itu memberi banyak impak positif kepada pembangunan negara untuk jangka masa panjang.

SUMBER: https://www.sinarharian.com.my/article/118155/edisi/hsr-kenyataan-dr-mahathir-tidak-bertanggungjawab


Mahathir hanya pandai merugikan negara. Gara-gara batalkan HSR, Malaysia terpaksa membayar pampasan sebanyak RM320 juta kepada Singapura.

Penangguhan RTS pula menyebabkan kerajaan perlu membayar RM2 juta kepada Singapura.

Sekiranya projek RTS dibatalkan, Malaysia harus membayar kira-kira 66 juta Singapore dolllar kepada negara berkenaan.

Duit negara habis membayar pampasan sahaja. Belum ambil kira Mahathir melepaskan Pulau Batu Puteh kepada Singapura.

Mahathir banyak merugikan aset dan wang negara. Gara-gara Mahathir, hutang Malaysia tidak terkawal sehingga kini.

Apa yang Mahathir tahu, hanya kecam projek musuh politiknya. 'Tahinya' sendiri, orang lain yang cuci.

SUMBER: https://api.bharian.com.my/berita/nasional/2019/05/566374/tangguh-rts-malaysia-bayar-rm2-juta-kepada-singapura


Kalau Mahathir mahu kecam projek orang lain, kutuk dulu projek-projek yang dilaksanakan di bawah pemerintahannya.

Kerugian yang dibuat oleh Mahathir adalah lebih teruk sehingga menyebabkan negara rugi berjuta atau berbilion ringgit.

Mahathir tidak tahu kesusahan rakyat. Apa yang terbaik untuk rakyat, dia tidak ambil peduli.

Dia hanya tahu mahu kembali berkuasa dan sanggup menjatuhkan semua musuh politiknya untuk kepentingan peribadi.

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Dua Tun dan Dana Haram UMNO

Penyatuan 'Tidak Ikhlas' Mahathir-PAS

Isteri Daim Culas Bayar Cukai Pendapatan