Posts

Showing posts with the label YDP Agong

Papagomo Penyebar Hasutan Dan Fitnah

Image
Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo sering muncul di media sosial sebagai 'aktivis politik' yang kononnya membela 'perjuangan' Melayu dan Islam serta menjadi pengkritik Kerajaan Madani. Dia mendakwa dirinya sebagai pejuang kebenaran namun hakikat sebenarnya Papagomo adalah penghasut, penyebar fitnah dan kuat menghina institusi negara. Papagomo bukanlah wira rakyat, sebaliknya individu yang berisiko menjadi ancaman kepada keharmonian sosial, kedaulatan undang-undang serta maruah Malaysia. Dia tidak pernah serik meskipun berkali-kali ditahan, didakwa dan dikenakan hukuman. Papagomo terus menggunakan platform media sosialnya untuk menyebarkan kebencian, fitnah dan hasutan sambil mendakwa memperjuangkan Islam namun ironinya, sangat memalukan. Pada 6 September 2012, Papagomo secara rasmi dibuang daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas disabitkan kesalahan jenayah. Dia pernah bertugas sebagai konstabel di Balai Polis Ampang Jaya da...

Muhyiddin Cabar Kuasa Agong Dan Majlis Raja-Raja

Image
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar mengemukakan jumlah SD (Akaun Berkanun) yang diperoleh daripada Ahli Parlimen sebagai bukti Anwar meraih majoriti bagi membentuk kerajaan. Muhyiddin menegaskan PN mempunyai majoriti yang mencukupi untuk membentuk kerajaan selain menjadi Perdana Menteri ke-10. Muhyiddin juga dakwa kesemua dokumen sokongan sudah diserahkan kepada Istana Negara meskipun dinafikan oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Tindakan Muhyiddin seolah-olah cuba menafikan kuasa yang dimiliki oleh YDPA untuk melantik seorang Perdana Menteri. Malahan Muhyiddin juga kelihatan tidak berpuas hati dengan keputusan YDPA sehingga membuat sidang akhbar pada hari sama Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri. Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/645596 https://malaysiagazette.com/2022/11/22/belum-terima-sd-agong-titah-rakyat-terima-apa-saha...