Mahathir Kawal Badan Kehakiman
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad seperti semua sedia maklum, beliau adalah seorang kuku besi. Rejim pentadbirannya mengamalkan prinsip 'kau cari masalah dengan aku, kau kena tindakan' Bahkan, Mahathir masih terperangkap dalam dunianya sendiri. Beliau masih menganggap Malaysia ini dalam genggamannya. Apa jua tidak kena, beliaulah yang lantang bersuara meskipun rakyat tahu betapa teruknya beliau sebagai Perdana Menteri. Segala urusan pentadbiran negara, Mahathir cuba campur tangan. Sudah letak jawatan sebagai Perdana Menteri sekalipun, namun masih mahu campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran. Seolah-olah orang lain tidak mampu menandingi apa yang beliau lakukan sepanjang menjadi Perdana Menteri. Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/402894 Ketika menjadi Perdana Menteri, habis semua mahu dirombaknya. Bahkan sistem kehakiman negara juga dirombak oleh Mahathir. Gara-gara tidak berpuas hati dengan penghakiman Mahkamah Tinggi pada 1980-an, Mahathir yang ketika i...