Mahathir Kawal Badan Kehakiman

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad seperti semua sedia maklum, beliau adalah seorang kuku besi.

Rejim pentadbirannya mengamalkan prinsip 'kau cari masalah dengan aku, kau kena tindakan'

Bahkan, Mahathir masih terperangkap dalam dunianya sendiri. Beliau masih menganggap Malaysia ini dalam genggamannya.

Apa jua tidak kena, beliaulah yang lantang bersuara meskipun rakyat tahu betapa teruknya beliau sebagai Perdana Menteri.

Segala urusan pentadbiran negara, Mahathir cuba campur tangan. Sudah letak jawatan sebagai Perdana Menteri sekalipun, namun masih mahu campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran.

Seolah-olah orang lain tidak mampu menandingi apa yang beliau lakukan sepanjang menjadi Perdana Menteri.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/402894

Ketika menjadi Perdana Menteri, habis semua mahu dirombaknya. Bahkan sistem kehakiman negara juga dirombak oleh Mahathir.

Gara-gara tidak berpuas hati dengan penghakiman Mahkamah Tinggi pada 1980-an, Mahathir yang ketika itu menjadi Perdana Menteri keempat, melakukan pindaan ke atas perlembagaan Malaysia yang dikenali sebagai Akta Pindaan Perlembagaan 1988.

Mahathir berbuat demikian bagi menyekat kuasa badan kehakiman serta mengintrepretasikan semula kedudukan mahkamah dalam sistem pentadbiran negara.

Pada masa yang sama, Mahathir bersama sekutunya menyerang dan memburukkan hakim mahkamah secara terbuka menerusi media.

Bertitik tolak dari situ, pihak mahkamah yang diketuai oleh Tun Salleh Abas memohon Yang Di-Pertuan Agong supaya bertitah agar campur tangan kerajaan dalam badan kehakiman dihentikan.

Namun, Mahathir sememangnya licik. Rancangan Tun Salleh Abas terbongkar dan Mahathir pula memohon kepada Yang Di-Pertuan Agong agar Tun Salleh Abas digantikan atas faktor kesihatan serta tidak mampu lagi membuat sebarang keputusan mahkamah dengan baik.

Sumber: https://iluminasi.com/bm/krisis-perlembagaan-1988-pertembungan-dr-mahathir-melawan-tun-salleh-abas.html

Mahathir sekali lagi menggunakan taktik yang lebih kurang sama ketika memecat bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Mahathir cuba menyebarkan naratif bahawa Mohamed Apandi berniat jahat dan tidak layak memegang jawatan sebagai Peguam Negara.

Kita sedia maklum, Mahathir hanya menggunakan helah seperti itu untuk menyingkirkan mana-mana individu yang tidak sealiran atau sekufu dengan beliau.

Disebabkan itu, Mohamed Apandi ditamatkan kontrak perkhidmatannya secara tidak sah dan tidak mengikut perlembagaan.

Ironinya, Mohamed Apandi ditamatkan kontrak sebelum perbicaraan semakan semula keputusan Pulau Batu Puteh.

Langkah pemecatan Mohamed Apandi dibuat sejurus selepas Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketujuh.

Anehnya, Mahathir dilihat terburu-buru untuk menarik balik tuntutan semakan Pulau Batu Puteh berkenaan. Apakah sebenarnya kepentingan yang diperoleh oleh Mahathir dengan menyerahkan pulau itu kepada Singapura?

Malangnya, Mahathir sehingga kini mengunci mulut dan tidak memberikan asbab yang jelas tentang tindakannya itu, sebaliknya menyalahkan pihak lain atas kesilapannya itu.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/113177/berita/semasa/pandangan-negatif-dr-mahathir-punca-saya-dipecat

Bukan sahaja Mahathir, malahan rakan karibnya iaitu Tun Daim Zainuddin turut campur tangan dalam soal badan kehakiman negara.

Tun Daim tanpa segan silu dan tidak tahu malu, menuntut bekas Tun Md Raus Sharif dan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin meletakkan jawatan masing-masing.

Tun Daim pada 2018, merupakan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan. Mengapa Tun Daim mahu melangkau kuasa yang sebenarnya hanya diberikan kepada Perdana Menteri?

Tugas menuntut pemecatan hakim adalah terletak kepada Perdana Menteri. Adakah disebabkan Mahathir itu kawan lama beliau, Tun Daim sewenang-wenangnya boleh membuat sesuka hati.

Nampaknya Tun Daim juga besar kepala apabila kawannya iaitu Mahathir berkuasa. Sebab itu, Tun Daim tidak pernah dikenakan sebarang tindakan undang-undang walaupun wujud pelbagai cerita buruk tentang beliau.

Siapa berkroni dengan Mahathir, selamatlah orang itu di dunia ini. Mana-mana yang Mahathir tidak suka, tunggulah masa untuk diseret ke mahkamah.

Sumber: https://www.mindarakyat.net/2018/06/sri-ram-dakwa-daim-desak-raus-zulkefli.html

Mahathir seorang yang licik dan mahir dalam permainan kotor politik negara.

Disebabkan itu, Mahathir sehingga kini tidak diheret ke mahkamah oleh mana-mana pihak.

Bukan sahaja Mahathir, malahan kroni dan keluarganya juga sehingga kini selamat walaupun banyak bukti salah laku sudah tersebar di media sosial dan sebagainya.

Mahathir perlu sedar, Malaysia bukan lagi dalam genggamannya. Mahathir perlu sedar juga bahawa rakyat ketika ini tidak mudah untuk ditipu oleh permainan kotornya.

Hampir memasuki angka 100 beberapa tahun lagi, berhentilah Mahathir daripada arena politik negara.

Rakyat sudah tidak terima insan bernama Mahathir lagi dalam pentadbiran negara.

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Dua Tun dan Dana Haram UMNO

Penyatuan 'Tidak Ikhlas' Mahathir-PAS

Isteri Daim Culas Bayar Cukai Pendapatan