Posts

Showing posts with the label LGBT

Berhati-Hati Dengan Agenda Liberal Parti Muda

Image
Datuk Ambiga Sreenavasan bukanlah suatu nama yang asing di Malaysia. Beliau merupakan seorang peguam dan mantan presiden Malaysian Bar. Beliau juga pernah menjadi bekas pengerusi badan bukan kerajaan, BERSIH , yang seringkali mendesak rakyat untuk berprotes menentang kerajaan. Beliau juga dilihat merupakan salah seorang penyokong kuat parti MUDA ketika PRN Johor Mac lalu. Tetapi tahukah anda, bahawa Ambiga ini sebenarnya mendokong nilai-nilai yang bertentangan dengan norma masyarakat Timur? Ini boleh dilihat dalam sokongan Ambiga kepada tuntutan Coalition of Malaysian NGOs (COMANGO) dalam Penilaian Berkala Sejagat (UPR) oleh Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHCR) di Geneva, Switzerland. Sumber: https://utaranews12.wordpress.com/2013/11/11/ambiga-penasihat-comangomarina-mahathir-nafi-terlibat/ Sebagai salah seorang daripada dalang desakan ini, COMANGO telah mendesak agar kerajaan Malaysia menghormati hak kebebasan beragama dan mengikiraf hak-hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (...

MUDA DAN ILLUMINATI: APA KAITAN MEREKA?

Image
Tempoh hari, satu gambar viral telah dimuat naik ke media sosial berkaitan dengan Parti MUDA. Ia memaparkan gambar Pengerusi MUDA Johor memakai baju kemeja T yang berslogan “illumudati”. Ini merupakan permainan kata Illuminati, iaitu pertubuhan rahsia yang cuba bermatlamat menguasai dunia melalui cara-cara halus. Mungkin pemimpin MUDA ingat ini semua adalah gurauan. Mana mereka tahu bahawa Illuminati ini adalah pertubuhan rahsia yang cuba menguasai dunia melalui tindakan secara rahsia? Adakah MUDA sebenarnya hasil salah satu program rahsia Illuminati untuk cuba mengucar-kacirkan landskap politik di negara ini? Apa-apa pun, tidak wajar untuk MUDA memperlekehkan kerisauan dan keraguan rakyat terhadap agenda sebenar mereka. Katanya untuk orang muda, tapi kenapa tak habis-habis dipengaruhi institusi rahsia yang sudah wujud berkurun-kurun? Di manakah ideologi dan prinsip pemimpin MUDA? Kita perlu tahu bahawa agenda sebenar MUDA adalah untuk memecahbelahkan rakyat Malaysia melalui menyebarka...