MUDA DAN ILLUMINATI: APA KAITAN MEREKA?

Tempoh hari, satu gambar viral telah dimuat naik ke media sosial berkaitan dengan Parti MUDA. Ia memaparkan gambar Pengerusi MUDA Johor memakai baju kemeja T yang berslogan “illumudati”. Ini merupakan permainan kata Illuminati, iaitu pertubuhan rahsia yang cuba bermatlamat menguasai dunia melalui cara-cara halus.

Mungkin pemimpin MUDA ingat ini semua adalah gurauan. Mana mereka tahu bahawa Illuminati ini adalah pertubuhan rahsia yang cuba menguasai dunia melalui tindakan secara rahsia?

Adakah MUDA sebenarnya hasil salah satu program rahsia Illuminati untuk cuba mengucar-kacirkan landskap politik di negara ini? Apa-apa pun, tidak wajar untuk MUDA memperlekehkan kerisauan dan keraguan rakyat terhadap agenda sebenar mereka.

Katanya untuk orang muda, tapi kenapa tak habis-habis dipengaruhi institusi rahsia yang sudah wujud berkurun-kurun? Di manakah ideologi dan prinsip pemimpin MUDA?

Kita perlu tahu bahawa agenda sebenar MUDA adalah untuk memecahbelahkan rakyat Malaysia melalui menyebarkan ideologi liberal yang seringnya didorong oleh Illuminati. Fahaman politik liberal ini adalah sangat tidak sesuai dalam konteks masyarakat Malaysia disebabkan budaya Malaysia tidak menerima pergaulan bebas sebagai norma masyarakat.

Kita tengoklah apa yang MUDA sudah capai dalam setahun lebih mereka ditubuhkan oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Nampaknya hanya reti berdemo dan berdrama ketika rakyat ramai menghadapi cabaran hidup akibat pandemik Covid-19 dan bencana banjir yang berlaku baru-baru ini.

Tidak boleh dinafikan bahawa MUDA ingin membantu rakyat. Akan tetapi ramai juga pihak lain yang membantu mangsa banjir tanpa mengheboh-hebohkan usaha mereka. Mengapakah mereka mendahagakan perhatian dan pujian oleh rakyat? Adakah mereka berasa kurang yakin akan tahap sokongan mereka?

Jangan kita mudah dipengaruhi dengan retorik MUDA. Sudah tentu mereka ini tidak seikhlas seperti mereka cuba paparkan dalam membela nasib rakyat. Dah lah barisan pimpinan mereka semua dari kawasan bandar, khususnya Lembah Klang, malah cara pemikiran mereka turut mencerminkan penjajaran yang lebih berpaksikan keperluan orang muda di kawasan bandar.
Adakah selepas gagalnya percubaan Barat untuk “menjajah” kedaulatan negara melalui ICERD dan Rome Statute, kini mereka ingin membiayai “kuda politik” mereka sendiri di negara ini? Kita sedia maklum hubungan erat antara pengasas Muda, Syed Saddiq dengan anak George Soros. Dan keluarga ini sudah terkenal dengan membiayai pelbagai gerakan-gerakan anti kerajaan di negara-negara asing yang akhirnya telah mengucar-kacirkan sistem politik dan keselamatan di negara-negara tersebut. Adakah kita hendak melihat perkara yang sama terjadi di negara ini?

Tambahan pula, kebelakangan ini terdapat pelbagai skandal yang melibatkan MUDA, kita hanya perlu lihat di media sosial yang penuh dengan gambar viral dimana ahli MUDA telah digambarkan meminum arak dan bergaul bebas semasa memakai baju parti. Adakah ini wajar dijadikan contoh untuk para orang muda? Ia sangat tidak bertanggungjawab bagi MUDA untuk membenarkan anggota parti mereka berkelakuan sebegitu, memandangkan mereka berpakaian baju rasmi parti.

Sehubungan dengan itu, muncul pulak gambar-gambar lucah dimana anggota parti telah digambarkan melakukan pergaulan bebas. Ini membawa keraguan kepada orang ramai mengenai pendirian parti MUDA terhadap isu LGBT, sama ada mereka mendorongnya ataupun sebaliknya. Jika kita melihat cara Syed Saddiq telah memulaukan dan memalukan Numan Afifi semasa kontroversi lantikannya sebagai setiausaha akhbarnya yang akhirnya tidak menjadi, agak-agaknya MUDA tidak menyokong LGBT. Namun begitu, nampaknya unsur-unsur LGBT telahpun menyusup masuk menjadi anggota parti dan cuba melanjutkan agenda LGBT dalam kalangan parti.
Ini menunjukkan parti MUDA sebuah parti politik yang tidak tersusun, terlalu liberal dan tidak sesuai untuk memimpin rakyat Malaysia. Agak memalukan buat negara jika MUDA diberi mandat untuk memimpin. Baik kita sebagai rakyat lebih peka terhadap agenda jahat MUDA yang didorong Illuminati.

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Dua Tun dan Dana Haram UMNO

Penyatuan 'Tidak Ikhlas' Mahathir-PAS

Isteri Daim Culas Bayar Cukai Pendapatan