MUDA Gagal Bawa Sebarang Pembaharuan Untuk Johor

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) memiliki ahli yang mempunyai kerusi di Johor.

Salah seorangnya adalah Presiden parti, Amira Aisya Abdul Aziz yang menjadi wakil rakyat bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa.

Namun, ramai sedia maklum bahawa kerusi tersebut bukanlah dimiliki secara 'sah' oleh Amira Aisya.

Sebaliknya, kerusi itu adalah 'hadiah' daripada Pakatan Harapan (PH) kepada MUDA sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022.

Disebabkan itu, PH bercadang mahu merampas semula kerusi tersebut pada PRN Johor 2026.

Selain tindakan MUDA keluar daripada blok kerajaan pada 2023, banyak lagi faktor mengapa PH atau parti lain ingin merampas kerusi Puteri Wangsa.

Amira Aisya Abdul Aziz kerap kali memuat naik hantaran yang tidak mencerminkan dirinya sebagai seorang wakil rakyat.

Wajarkah seorang ADUN memuat naik hantaran berkenaan kafe berkonsepkan 'hipster' beberapa kali di media sosial?

Wajarkah seorang ahli Parlimen mengulang ciapan berhubung permainan video Harry Potter?

Sebagai seorang wakil rakyat, kematangan perlu ditonjolkan agar menjadi contoh dan teladan kepada orang ramai.

Kalau Amira Aisya mahu bersikap kebudak-budakan, tidak perlu menjadi wakil rakyat.

SUMBER: https://twitter.com/_amiraaisya/status/1620795418383896576

Kalau dilihat rekod Amira Aisya, tiada apa-apa yang boleh dibanggakan sepanjang dia menjadi ADUN sejak Mac 2022.

Amira Aisya sibuk mengkritik kawasan Parlimen lain, walhal Puteri Wangsa juga mempunyai banyak isu berbangkit yang perlu diselesaikan.

Pencemaran kronik Sungai Tebrau yang merupakan sungai ke-53 tercemar di dunia masih belum diselesaikan.

Sultan Ibrahim pernah bertitah sejak 2017 bahawa Baginda cukup kesal dengan pencemaran Sungai Tebrau tersebut.

Isu penduduk setinggan di kawasan Sungai Tebrau yang tinggal di kawasan tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) selama 23 tahun turut tidak diselesaikan.

Isu bau busuk loji kumbahan najis Taman Sinaran Kempas yang mengganggu 500 keluarga selama 22 tahun juga belum diselesaikan.

Mengapa hendak sibuk masalah orang lain, jika masalah sendiri belum diselesaikan?

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2022/03/940308/loji-kumbahan-rosak-500-keluarga-hidu-bau-busuk-sejak-22-tahun-lalu

Pada Mac 2022, berlaku kebakaran di Felda Ulu Tebrau, menyebabkan lima premis perniagaan hangus dan mangsa hilang harta benda serta sumber pendapatan.

Namun, Amira Aisya yang baru diundi menjadi wakil ADUN Puteri Wangsa memberi alasan tidak munasabah ketika rakyat meminta pertolongan daripadanya.

Bayangkan, alasan yang diberi adalah 'YB belum mengangkat sumpah'.

Bukankah itu satu kenyataan bersifat lepas tangan? Hanya selepas Sultan Johor, Sultan Ibrahim turun padang meninjau lokasi kebakaran, barulah Amira Aisya 'terhegeh-hegeh'.

Itu adalah satu tindakan tidak profesional daripada seorang wakil rakyat yang dilantik dan dipilih oleh rakyat.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/03/939103/sultan-johor-biayai-kos-bina-semula-gerai-terbakar

Pengasas MUDA iaitu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pula cuba berlagak wira apabila mendakwa menjadi tulang belakang projek pembangunan Pusat Belia Tunku Mahkota Johor (TMIYC) Muar berjalan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Sebaliknya, projek itu berjalan mengikut jadual disebabkan oleh desakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Tak malukah mengangkat diri sendiri sebegitu rupa walaupun tidak menyumbang apa-apa kepada Muar?

Akhirnya diri sendiri mendapat malu selepas pembohongannya 'dilondehkan' oleh ahli politik lain.

Orang lain sibuk berusaha untuk memajukan Muar namun Syed Saddiq senang sahaja mahu mengambil kredit daripada usaha pihak lain tanpa perlu bekerja keras.

SUMBER: https://malaysiatribune.news/2024/03/16/bukan-sebab-syed-saddiq-projek-tmiyc-muar-diteruskan-hannah-yeoh/

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Johor meramalkan banjir di Muar seawal 31 Disember 2021.

Ramalan ini dibuat susulan hujan lebat yang boleh mengakibatkan limpahan sungai-sungai utama seperti di Muar.

Persoalannya, apa persiapan yang telah dibuat Syed Saddiq untuk bersiapsiaga sebelum air sungai mula melimpah?

Di mana Syed Saddiq berada sepanjang tempoh satu minggu sebelum kejadian banjir di Muar?

Apa yang kita tahu, Syed Saddiq memang cukup sibuk dengan urusan mempromosikan dirinya dalam semua platform media termasuklah radio.

Misalnya pada 2 Januari 2022, Syed Saddiq berada di konti radio bersama Jake Abdullah untuk membincangkan perkara-perkara yang tidak ada kepentingan langsung.

Siap berseloka lagi seolah-seolah kehidupan mangsa banjir tidak perlu dipedulikan langsung.

Inikah yang disebut-sebutkan sebagai seorang pemimpin rakyat? Sepatutnya, Syed Saddiq hadir memberi bantuan.

 Parlimen Muar sebenarnya hanyalah satu platform untuk Syed Saddiq mendapat mandat rakyat.

Apa yang dimahukan Saddiq, iaitu glamor dan kuasa politik ini tidak ada di Muar. Patutlah batang hidung Syed Saddiq pun kita tidak dapat lihat ketika Muar dilanda banjir.

Kalau betul Syed Saddiq seorang politikus yang berfikiran panjang, Syed Saddiq sepatutnya membuat perancangan bersama JPS untuk memastikan penduduk Muar dapat dipindahkan dengan lebih awal.

Sekurang-kurangya, barang-barang berharga dapat dialihkan. Kanak-kanak dan mereka yang berumur juga dapat diberi perhatian yang lebih.

Ini tidak. Sudah banjir baru nak gelabah.

Sepatutnya MUDA menggunakan peluang yang ada untuk berbakti kepada rakyat Johor.

Bukan hanya sekadar mengkritik dan mencadang.

Tunjukkan tindakan dahulu, barulah boleh bersuara.

Ini tidak, MUDA cuba nak berlagak seperti ‘hero rakyat’ tapi hakikatnya tin kosong.

Peluang sudah diberikan namun MUDA tidak pernah memberi sebarang sumbangan kepada Puteri Wangsa atau pun Johor.

Comments

Popular posts from this blog

Rakyat Tidak Lupa Tentang Razak Baginda

Razak Baginda Dakwa Pembunuhan Altantuya ' Kes Biasa'

Manipulasi Dan Permainan Kotor Mahathir