Posts

Showing posts with the label Syarikat Permodalan Kebangsaan Bhd

Daim Gelisah Rahsia Terbongkar

Image
Isteri kepada bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin iaitu Toh Puan Na'imah Khalid baru-baru ini membuat laporan polis selepas mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terlibat konspirasi dalam penyalahgunaan kuasa serta siasatan terhadap suaminya. Na'imah mendakwa wujud campur tangan politik dalam siasatan berkenaan. Mengikut pertuduhan, Daim gagal mematuhi notis SPRM berhubung pengisytiharan 70 aset hartanya. Daim didakwa dengan sengaja memberikan satu pernyataan bertulis dengan bersumpah tidak mematuhi terma notis bertarikh 8 November 2023 yang dihantar kepada beliau oleh pegawai SPRM berpangkat Pesuruhjaya pada 14 November 2023 iaitu dengan tidak mengisytiharkan harta. Harta itu membabitkan aset antaranya satu akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASB), tujuh kenderaan seperti Jaguar, 38 syarikat dan 25 hartanah serta tanah di ibu negara, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Pahang dan Kedah. SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/720941 Mengapa Daim takut ...

Isteri Daim Culas Bayar Cukai Pendapatan

Image
Isteri bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin iaitu Toh Puan Na’imah Abdul Khalid baru-baru ini memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman bagi membatalkan cukai pendapatan berjumlah RM313.82 juta dikenakan terhadapnya oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada 2018. Dia memfailkan permohonan itu atas alasan cukai Taksiran Tambahan bagi Tahun Taksiran 2018 berjumlah RM313,820,336.13 yang dikenakan terhadapnya adalah 'ultra vires' dan menyalahi undang-undang. Nai'mah mendakwa jumlah yang dituntut itu adalah daripada tiga unit aset di luar negara yang bukan di bawah bidang kuasa LHDN kerana undang-undang cukai pendapatan di Malaysia berfungsi berasaskan dasar wilayah. Namun, LHDN mengatakan selagi Nai'mah adalah warganegara Malaysia dan pemaustatin cukai di negara ini, dia tertakluk kepada audit cukai yang berkait dengan semua sumber pendapatan dan aset-aset menurut Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967. SUMBER: https://www.sinarharian.com.my/article/682446/berita/...