Isteri Daim Culas Bayar Cukai Pendapatan


Isteri bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin iaitu Toh Puan Na’imah Abdul Khalid baru-baru ini memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman bagi membatalkan cukai pendapatan berjumlah RM313.82 juta dikenakan terhadapnya oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada 2018.

Dia memfailkan permohonan itu atas alasan cukai Taksiran Tambahan bagi Tahun Taksiran 2018 berjumlah RM313,820,336.13 yang dikenakan terhadapnya adalah 'ultra vires' dan menyalahi undang-undang.

Nai'mah mendakwa jumlah yang dituntut itu adalah daripada tiga unit aset di luar negara yang bukan di bawah bidang kuasa LHDN kerana undang-undang cukai pendapatan di Malaysia berfungsi berasaskan dasar wilayah.

Namun, LHDN mengatakan selagi Nai'mah adalah warganegara Malaysia dan pemaustatin cukai di negara ini, dia tertakluk kepada audit cukai yang berkait dengan semua sumber pendapatan dan aset-aset menurut Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.

SUMBER: https://www.sinarharian.com.my/article/682446/berita/semasa/naimah-mohon-batal-cukai-pendapatan-lebih-rm300-juta-libat-aset-luar-negara


Nai'mah memiliki harta berbilion ringgit di dalam dan luar negara namun mengapa dia masih culas membayar cukai pendapatan berkenaan?

Nilai berkenaan hanya kecil jika dibandingkan dengan amaun kekayaan sebenar Nai'mah dan suaminya, Daim.

Daim sendiri mengakui hartanya boleh mencecah RM50 bilion sekiranya dia tidak menjadi menteri.

Nai'mah gagal mengisytiharkan sejumlah aset yang sangat besar iaitu satu akaun bank, tujuh kenderaan mewah, 38 syarikat dan 25 hartanah.

Kalau dihitung, aset-aset tersebut boleh dicairkan untuk membayar cukai berkenaan namun Nai'mah culas.

Bagaimana negara hendak maju apabila golongan hartawan seperti Nai'mah culas membayar cukai pendapatan?

Semua manfaat dan keistimewaan dia nikmati sebagai rakyat negara ini, namun tidak mahu membayar cukai.

SUMBER: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/03/1072763/sprm-bantah-permohonan-isteri-daim-cabar-keabsahan-kes


Nai'mah dan Daim sangat licik dalam menyakau duit kerajaan.

Daim akan mengagihkan wang negara sebagai Menteri Kewangan kepada keluarganya manakala Nai'mah digelar sebagai taikun besar dalam dunia perniagaan.

Nai'mah sebelum ini adalah pemegang saham majoriti Syarikat Permodalan Kebangsaan Bhd (SPK).

Daim sebagai Menteri Kewangan akan memberikan kontrak kepada SPK berbilion ringgit selama beberapa tahun.

Daim dan Nai'mah juga mempunyai orang kanan mereka iaitu Josephine Premla Suvaretnam yang berperanan menjadi pengarah di beberapa buah syarikat milik pasangan suami isteri itu.

Josephine juga menguruskan urusan pelaburan luar negara bagi pihak Daim seperti di Switzerland, Poland, Hungary, Mauritius, Namibia, Mozambique, Myanmar dan Kemboja.

Pendek kata, Daim dan Naimah sangat 'teliti' dalam menyakau wang negara secara senyap-senyap.

SUMBER: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2024/01/23/daims-wife-naimah-charged-with-failure-to-declare-assets-to-macc/113995


Nai'mah merupakan pemegang saham utama di sebuah syarikat dikenali sebagai MUHIBBAH.

Menurut laporan media tempatan pada 2001, syarikat tersebut sering dianugerahkan projek besar.

Laporan itu turut mengatakan MUHIBBAH memiliki hubungan kuat dengan HCM Engineering Sdn. Bhd yang mempunyai kaitan dengan politik.

Antara projek besar yang diperoleh oleh MUHIBBAH adalah projek bernilai RM422 juta untuk membina kem tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan.

MUHIBBAH juga mendapat projek pembaikan jalan raya Persekutuan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor dengan nilai sebanyak RM850 juta bagi tempoh 15 tahun.

SUMBER: https://wrlr.blogspot.com/2024/01/who-is-daims-real-wife-who-is-naimah.html

https://theedgemalaysia.com/article/muhibbah-ltat-jv-wins-arbitration-against-govt-over-sepangar-bay-project


Cukai merupakan antara pendapatan utama negara untuk memajukan Malaysia.

Tanpa cukai daripada rakyat, Malaysia sukar untuk berkembang maju dan memberi kemudahan yang sempurna buat warga negara ini.

Keculasan Nai'mah membayar cukai pendapatan adalah sesuatu yang sukar diterima memandangkan asetnya bernilai berbilion ringgit.

Rakyat marhaen turut membayar cukai pendapatan namun mengapa Nai'mah memberi 1001 alasan untuk culas?

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Dua Tun dan Dana Haram UMNO

Penyatuan 'Tidak Ikhlas' Mahathir-PAS