Posts

Showing posts with the label Perikatan Nasional

PAS Biadab, Mahu Terus Jatuhkan Kerajaan

Image
PAS nampaknya cuba bermain api dengan mengatakan saranan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) berhubung perubahan kerajaan adalah pandangan peribadi baginda. YDPA bertitah sekiranya mahu bermain politik atau cuba mengubah kerajaan, perlu tunggu sehingga Pilihan Raya Umum ke-16. Titah baginda itu ada asasnya kerana ketika pemerintahan Sultan Pahang sebagai YDPA ke-16 sebelum ini, negara menyaksikan tiga kali perubahan kerajaan dalam tempoh lima tahun. Sultan Pahang sendiri mengatakan perkara itu tidak pernah berlaku dalam sejarah negara dan menggesa semua pihak sama ada kerajaan atau pembangkang, berganding bahu semula serta mengetepikan perbezaan politik. Disebabkan itu, YDPA ke-17 iaitu Sultan Ibrahim mahu semua pihak lebih fokus kepada kesejahteraan rakyat dan kurangkan bermain politik. SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/697466 Membuat dakwaan bahawa titah YDPA hanya sekadar 'pandangan peribadi' menunjukkan sikap biadab PAS terhadap institusi diraja. PAS seolah-olah tidak men...

Kisah Dua Tun dan Dana Haram UMNO

Image
Seorang ahli Majlis Tertinggi PPBM pada 2021 menggesa agar siasatan dijalankan terhadap dana haram rahsia UMNO. Muhammad Faiz Na'aman berkata, dakwaan berhubung akaun bank rahsia itu akan memberi kesan kepada bekas Presiden UMNO dan merupakan pengkhianatan kepada ahli-ahli UMNO, lapor Malaysiakini. Bagaimanapun, pihak pendakwaan mendakwa wang tersebut disimpan dalam akaun rahsia yang tidak diaudit, digunakan bagi tujuan menerima dana politik dan melanggar peruntukan Akta Pertubuhan. Muhammad Faiz dipetik sebagai berkata, fakta bahawa akaun itu wujud sejak 1988 akan memberi kesan kepada bekas-bekas Presiden UMNO. Pada masa itu, Dr. Mahathir Mohamad adalah Presiden UMNO. Muhammad Faiz Na'aman menggegarkan dunia politik tempatan selepas Ahli Majlis Tertinggi PPBM tersebut menggesa agar satu siasatan terhadap dana haram politik yang disimpan dalam akaun rahsia tidak diaudit oleh UMNO sejak 1988. Dakwaan itu membabitkan Tun Mahathir kerana ketika itu, beliau adalah Presiden UMNO man...

Penyatuan 'Tidak Ikhlas' Mahathir-PAS

Image
PAS sejak akhir-akhir ini dilihat kerap 'bersama' bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Bermula daripada PAS menyatakan sokongan terhadap Proklamasi Orang Melayu sehinggalah PAS dikhabarkan akan mencalonkan Mahathir sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman. Malah, PAS di bawah payung Perikatan Nasional (PN) turut melantik Mahathir sebagai penasihat tidak rasmi di empat negeri pemerintahan parti berkenaan. Nampaknya, PAS semakin bergantung kepada Mahathir untuk memperluaskan sokongan dan 'kekuatan' parti itu. Mungkin PAS melihat mereka tidak boleh bergantung kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membawa panji Perikatan Nasional susulan pengaruhnya yang kian berkurangan. Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/09/1152910/4-negeri-pn-gabung-satu-kumpulan-dr-mahathir-penasihat Muhyiddin juga masih terpalit dengan tiga pertuduhan kes Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLA). ...

Retorik Perjuangan Tiada Hala Tuju Papagomo

Image
Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo bukan nama asing dalam dunia politik tanah air. Banyak kontroversi melibatkan pemilik nama samaran Papagomo ini. Hendak kata memberi sumbangan kepada negara dan masyarakat, tiada pula. Sekadar muncul di pelbagai platform media sosial dan menyebarkan agenda peribadinya. Sekejap menyokong pihak A, sekejap menyokong pihak B. Pendek kata, dia hanya mahu mencari publisiti diri sendiri dengan mencetuskan segala kontroversi. Papagomo pada 2018 pernah berhasrat mahu menarik balik hak mengundi kaum Cina dan India. Dia mendakwa mahu meminda Perlembagaan Persekutuan untuk membentuk kerajaan Bumiputera. Papagomo 'tidak menoleh kiri dan kanan' apabila mengeluarkan kenyataan seumpama itu. Papagomo lupa bahawa Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum? Untuk pengetahuan Papagomo, undian daripada semua kaum adalah penting untuk membentuk perpaduan dan keharmonian kaum di negara ini. Malah, undi daripada semua signifikan untuk memastikan keadi...

Annuar Zaini Guna ‘Kabel’, Luas Pengaruhnya

Image
Ahli Dewan Negara Perak, Tan Sri Mohd Annuar Zaini mempunyai pengaruh yang kuat dalam Istana Perak. Sebagai penasihat Sultan Perak, ramai yang takut dan benci dengan Mohd Annuar kerana menggunakan pengaruhnya untuk kepentingan peribadi. Dia dikenali sebagai pemain boneka di Perak dan mengatur pelbagai rancangan untuk memperluaskan kuasanya tanpa sebarang tindakan daripada mana-mana pihak. Kebal sungguh Mohd Annuar, menggunakan imuniti yang diberikan pada dirinya untuk membuat sesuka hatinya. Kalau diteliti konflik yang terjadi di Perak, semuanya perancangan teliti Mohd Annuar. Mohd Annuar ini bekas Pengerusi Bernama. Maknanya dia memiliki pengalaman dalam bidang media. Makanya, semua naratif yang memihak kepada dia, boleh dimanipulasi sebegitu sahaja tanpa ada mana-mana pihak memberi kecaman kepada dirinya. Namun, beliau pernah 'kantoi' membuat kesilapan dalam memberikan kenyataan. Mohd Annuar sebelum ini dikecam kerana memfitnah kedua-dua parti komponen Perikatan Nasional bere...

Hassan Karim Lantang Tidak Bertempat

Image
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang baru-baru ini mencetuskan kontroversi apabila tetap menyampaikan kuliah mingguannya di Terengganu. Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) sebelum ini melarang masjid dan surau dijadikan sebagai tempat untuk menyampaikan ceramah politik. Langkah itu dibuat bagi menjaga kesucian rumah ibadah berkenaan serta memastikan tiada unsur politik dibawa masuk ke dalam masjid dan surau. MAIDAM juga mengatakan penceramah perlu mempunyai tauliah yang diluluskan oleh MAIDAM. Namun, Abdul Hadi mengatakan tiada salah untuk menyampaikan ceramah politik di masjid dan surau. Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/terengganu-larang-program-unsur-politik-di-masjid-surau-409151 https://www.malaysiakini.com/news/657335 Kenyataan Abdul Hadi mendapat sokongan daripada ahli Parlimen PKR, Hassan Karim. Hassan sendiri mengakui bahawa Abdul Hadi boleh menyampaikan ceramah politik asalkan bukan di masjid dan surau. Namun, Abdul Hadi berdegil menyam...

PAS Lidah Bercabang, Cakap Tak Serupa Bikin

Image
Seorang Menteri Besar Perikatan Nasional (PN) dikatakan dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila didakwa terlibat dalam skandal penyelewengan dana kerajaan bernilai RM95.2 bilion. Kerajaan negeri pimpinan PN ini bukanlah banyak, hanya ada empat negeri sahaja. Kesemuanya diperintah oleh PAS. Bolehlah anda selidik sendiri siapakah Menteri Besar yang dimaksudkan itu. Semasa darurat zaman pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin, banyak perbelanjaan yang dikeluarkan kerajaan tidak mengikut lunas yang sah mengikut Perlembagaan. Nak tanya kepada PAS, apakah itu tindakan menyakau atau sekadar mengambil komisen? Bukan apa, apabila pihak lain terpalit skandal sama, PAS gelar mereka sebagai perasuah dan penyakau tetapi apabila terkena pada batang hidung sendiri, dilabel komisen. Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=p14y1TGvOVw Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah mengeluarkan kenyataan bahawa takrif rasuah perlu dikaji dari sudut pandangan Islam yang seben...

Muhyiddin Cabar Kuasa Agong Dan Majlis Raja-Raja

Image
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar mengemukakan jumlah SD (Akaun Berkanun) yang diperoleh daripada Ahli Parlimen sebagai bukti Anwar meraih majoriti bagi membentuk kerajaan. Muhyiddin menegaskan PN mempunyai majoriti yang mencukupi untuk membentuk kerajaan selain menjadi Perdana Menteri ke-10. Muhyiddin juga dakwa kesemua dokumen sokongan sudah diserahkan kepada Istana Negara meskipun dinafikan oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Tindakan Muhyiddin seolah-olah cuba menafikan kuasa yang dimiliki oleh YDPA untuk melantik seorang Perdana Menteri. Malahan Muhyiddin juga kelihatan tidak berpuas hati dengan keputusan YDPA sehingga membuat sidang akhbar pada hari sama Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri. Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/645596 https://malaysiagazette.com/2022/11/22/belum-terima-sd-agong-titah-rakyat-terima-apa-saha...

Sanusi Md Nor: Kegagalan Demi Kegagalan

Image
Walaupun Muhmmad Sanusi Md Nor lazimnya dikenali sebagai Menteri Besar Kedah, Sanusi lebih popular sebagai seorang pemimpin kelas ketiga yang sering memperbodohkan diri sendiri. Sanusi ini merupakan suatu liabiliti yang seringkali membawa aib kepada reputasi negeri Kedah yang telah banyak melahirkan tokoh-tokoh negara. Dalam kala dunia dilanda wabak Covid-19 yang telah membawa kematian kepada jutaan manusia, Sanusi dengan selambanya telah memperlekehkan keseriusan kekurangan kontena jenazah mangsa kematian. Biarpun Sanusi kemudiannya memohon maaf, kenyataan Sanusi adalah amat tidak wajar apatah lagi apabila dijadikan sebagai bahan jenaka. Sanusi seharusnya letak jawatan sahaja kerana dia lebih layak untuk bekerja seorang badut sarkas. Sebelum ini, ada ke patut Sanusi dengan lagaknya akui bahawa negeri Kedah telah menemui hasil bumi mencecah RM43 trillion? Kenyataan semberono ini dibuat tanpa sebarang fakta atau kajian sains yang menyeluruh. Padahal, nilai anggaran kasar yang dibuat pe...