Hassan Karim Lantang Tidak Bertempat


Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang baru-baru ini mencetuskan kontroversi apabila tetap menyampaikan kuliah mingguannya di Terengganu.

Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) sebelum ini melarang masjid dan surau dijadikan sebagai tempat untuk menyampaikan ceramah politik.

Langkah itu dibuat bagi menjaga kesucian rumah ibadah berkenaan serta memastikan tiada unsur politik dibawa masuk ke dalam masjid dan surau.

MAIDAM juga mengatakan penceramah perlu mempunyai tauliah yang diluluskan oleh MAIDAM.

Namun, Abdul Hadi mengatakan tiada salah untuk menyampaikan ceramah politik di masjid dan surau.

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/terengganu-larang-program-unsur-politik-di-masjid-surau-409151

https://www.malaysiakini.com/news/657335


Kenyataan Abdul Hadi mendapat sokongan daripada ahli Parlimen PKR, Hassan Karim.

Hassan sendiri mengakui bahawa Abdul Hadi boleh menyampaikan ceramah politik asalkan bukan di masjid dan surau.

Namun, Abdul Hadi berdegil menyampaikan ceramah politik di masjid.

Sedangkan banyak lagi ruang atau platform untuk menyampaikan ceramah politik. Sekarang ini, bersepah penceramah membuat siaran langsung di media sosial.

Abdul Hadi juga boleh mencari mana-mana ruang terbuka atau tertutup seperti dewan orang ramai.

Tindakan Hassan untuk mempertahankan Abdul Hadi sangat tidak wajar kerana matlamat tidak menghalalkan cara.

Larangan yang dibuat bertujuan baik, bukannya saja-saja MAIDAM mengeluarkan arahan sedemikian.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/658852


Hassan juga menyentuh tentang sistem Raja-Raja Melayu. Dia mendakwa Raja-Raja Melayu tidak boleh diberikan kuasa untuk mengawal semuanya.

Peranan Raja-Raja Melayu jelas digambarkan dalam Perkara 181, 38(4), 44, 71 dan 159(5) Perlembagaan Persekutuan.

Raja-Raja Melayu bertindak sebagai tonggak bangsa dan agama. Jika Raja-Raja Melayu tidak mempertahankan kesucian agama Islam di Malaysia, siapa lagi akan mempertahankannya.

Maka, memang relevan untuk melaksanakan larangan ceramah politik bagi menjaga kesucian agama Islam serta rumah ibadahnya.

Individu seperti Hassan yang mempengaruhi rakyat agar tidak mentaati arahan serta undang-undang yang diperintahkan.

Apakah Hassan mahu melahirkan rakyat yang derhaka kepada Raja-Raja Melayu?

Sumber: http://www.khazanahbendaharaserimaharaja.com/raja-melayu--perlembagaan.html


Hassan juga pernah mencetuskan kontroversi apabila mempersoalkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang membicarakan kedudukan hak istimewa orang Melayu.

Mengikut perenggan (c) Seksyen 3(2) Akta Hasutan, Hassan boleh dikenakan hukuman kerana mempertikaikan kandungan Perkara 152, 153 atau 181 Perlembagaan Persekutuan.

Hassan mahu Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dikaji semula. Beraninya Hassan berkata sedemikian.

Hassan seolah-olah mahu mencetuskan huru-hara di negara ini.

Adakah Hassan mahu menjentik api kemarahan orang Melayu di Malaysia? Kalau berani, cubalah.

Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan diwujudkan bagi melindungi hak serta kedudukan orang Melayu sebagai jaminan untuk menjaga serta memajukan kedudukan agama, bahasa, adat resam dan kebudayaan orang Melayu.

Sumber: https://www.utusan.com.my/terkini/2021/11/persoal-kedudukan-istimewa-orang-melayu-ahli-parlimen-pkr-wajar-diambil-tindakan-pensyarah/


Ahli Parlimen seperti Hassan cuba untuk menjejaskan kestabilan politik dan rakyat di negara ini.

Komen perkara yang perlu dan diam apabila merasakan tidak wajar diperkatakan.

Tidak semua benda perlu dibicarakan. Tunjuk tingkah laku yang baik kepada orang ramai.

Kalau tak mampu untuk menghormati Raja-Raja Melayu dan Perlembagaan Persekutuan, berhenti daripada menjadi Ahli Parlimen.

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Dua Tun dan Dana Haram UMNO

Penyatuan 'Tidak Ikhlas' Mahathir-PAS

Mukhriz Wajar Disiasat