PAS Lidah Bercabang, Cakap Tak Serupa Bikin

Seorang Menteri Besar Perikatan Nasional (PN) dikatakan dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila didakwa terlibat dalam skandal penyelewengan dana kerajaan bernilai RM95.2 bilion.

Kerajaan negeri pimpinan PN ini bukanlah banyak, hanya ada empat negeri sahaja. Kesemuanya diperintah oleh PAS.

Bolehlah anda selidik sendiri siapakah Menteri Besar yang dimaksudkan itu.

Semasa darurat zaman pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin, banyak perbelanjaan yang dikeluarkan kerajaan tidak mengikut lunas yang sah mengikut Perlembagaan.

Nak tanya kepada PAS, apakah itu tindakan menyakau atau sekadar mengambil komisen?

Bukan apa, apabila pihak lain terpalit skandal sama, PAS gelar mereka sebagai perasuah dan penyakau tetapi apabila terkena pada batang hidung sendiri, dilabel komisen.

Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=p14y1TGvOVw

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah mengeluarkan kenyataan bahawa takrif rasuah perlu dikaji dari sudut pandangan Islam yang sebenar.

Kenyataan itu dilihat seolah-olah mahu menyelamatkan diri sendiri.

Apa motif sebenar kenyataan itu dikeluarkan ketika era pemerintahan Muhyiddin?

Berkemungkinan disebabkan sudah menerima duit sakau, kenyataan sedemikian terus dikeluarkan oleh PAS.

Pucuk pangkalnya, rasuah tetap salah di sisi agama Islam. Bukan sahaja Islam tetapi juga agama-agama utama di dunia.

Kalau rasuah adalah perkara yang dihalalkan di dunia, mengapa perlu diwujudkan Indeks Persepsi Rasuah dan undang-undang berkaitan rasuah di peringkat antarabangsa.

Tidak perlu ubah apa-apa takrif tentang rasuah. Rasuah tetap salah, dilakukan oleh manusia tidak bermoral untuk ketamakan diri sendiri.

Sumber: https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2021/02/782166/takrif-rasuah-perlu-dikaji-dari-sudut-pandangan-islam?fbclid=IwAR0kJnkqV_uE9kOlA7-fEYR-WYVNnzNPa9BAcofHZ2yXNKW_aFeWiDDxRIQ

Abdul Hadi juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa golongan bukan Islam dan Bumiputera merosakkan politik serta ekonomi negara.

Mengapa perlu memburuk-burukkan kaum lain sedangkan PAS sendiri terpalit dengan skandal rasuah?

Siapa yang merosakkan negara sekarang? Bukankah penyakau seperti PAS yang merosakkan ekonomi dan politik negara?

Jangan sibuk bermain dengan sentimen perkauman sehingga terlupa hendak cermin diri sendiri.

Tapi jika PAS terpalit dengan skandal wang sekalipun, semestinya Abdul Hadi sekali lagi akan mengeluarkan kenyataan untuk menyelamatkan diri sendiri dan parti itu.

Penyokong parti itu juga mana boleh duduk diam kerana PAS dilabel parti 'terpaling' bersih dan bergerak berlandaskan agama Islam.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/08/20/hadi-dakwa-bukan-islam-bukan-bumiputera-jadi-majoriti-perosak-politik-ekonomi-negara/

Mungkin sebab itu, negeri seperti Kelantan susah untuk maju dan masalah air di Kelantan tidak selesai bertahun lamanya.

Puncanya kerana ada kaki sakau dalam parti itu yang menyebabkan pembangunan negeri terbantut.

Bertahun-tahun rakyat Kelantan mengeluh berdepan isu bekalan air.

Bukan sahaja mudah terputus, air juga tidak bersih untuk digunakan.

Agaknya kerana PAS sudah terlalu selesa memerintah di negeri itu dan wang rakyat juga disakau, sehingga tiada sebarang kemajuan mahu dilakukan.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/621764

PAS, berhentilah sembang kosong tentang rasuah dan soal agama.

Rakyat belum buta melihat kerakusan PAS berkomplot menyakau duit rakyat.

Bukti makin hari makin kelihatan. Berbaliklah kepada asas penubuhan PAS semula

Kalau hendak memperjuangkan agama, lakukan dengan cara yang betul.

Kalau hendak bermain politik dan wang, tukar sahaja nama parti. Jangan letak lagi nama Islam dalam parti. Memalukan sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Dua Tun dan Dana Haram UMNO

Penyatuan 'Tidak Ikhlas' Mahathir-PAS

Isteri Daim Culas Bayar Cukai Pendapatan