Annuar Zaini Guna ‘Kabel’, Luas Pengaruhnya


Ahli Dewan Negara Perak, Tan Sri Mohd Annuar Zaini mempunyai pengaruh yang kuat dalam Istana Perak.

Sebagai penasihat Sultan Perak, ramai yang takut dan benci dengan Mohd Annuar kerana menggunakan pengaruhnya untuk kepentingan peribadi.

Dia dikenali sebagai pemain boneka di Perak dan mengatur pelbagai rancangan untuk memperluaskan kuasanya tanpa sebarang tindakan daripada mana-mana pihak.

Kebal sungguh Mohd Annuar, menggunakan imuniti yang diberikan pada dirinya untuk membuat sesuka hatinya.

Kalau diteliti konflik yang terjadi di Perak, semuanya perancangan teliti Mohd Annuar.
Mohd Annuar ini bekas Pengerusi Bernama. Maknanya dia memiliki pengalaman dalam bidang media.

Makanya, semua naratif yang memihak kepada dia, boleh dimanipulasi sebegitu sahaja tanpa ada mana-mana pihak memberi kecaman kepada dirinya.

Namun, beliau pernah 'kantoi' membuat kesilapan dalam memberikan kenyataan.

Mohd Annuar sebelum ini dikecam kerana memfitnah kedua-dua parti komponen Perikatan Nasional berebut jawatan Menteri Besar Perak.

Namun, selepas itu, beliau meminta maaf secara terbuka.

Sewajarnya, Mohd Annuar sebagai penasihat Sultan Perak menjaga nama baik institusi diraja kerana istana merupakan lambang penyatuan rakyat.

Mohd Annuar juga tidak sepatutnya bersikap menyebelahi mana-mana pihak sebagai individu berkepentingan dalam istana.

Gara-gara fahaman politiknya, dia terperangkap dalam mainannya sendiri.

Sumber: https://www.agendadaily.com/politik/ydp-majlis-agama-islam-perak-dikecam-malukan-islam-memfitnah/


Konflik politik Perak pada 2009 menyaksikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin terpaksa meletakkan jawatannya.

Kenyataan media yang dikeluarkan oleh pejabat Sultan Perak, mendesak agar Mohamad Nizar meletakkan jawatan dikhabarkan merupakan perancangan teliti Mohd Annuar untuk mencampuri urusan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Walhal, pihak istana tidak dibenarkan sama sekali untuk campur tangan dalam sebarang hal ehwal DUN.

Mohd Annuar turut menjadi punca Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V meletakkan jawatan sebagai Yang Di-Pertuan Agong.

Campur tangan Annuar Zaini itu menyebabkan darjah kebesaran yang dikurniakan oleh Sultan Kelantan kepadanya ditarik balik, menandakan baginda murka dengan sikapnya yang berniat jahat itu.

Sumber: https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2009/05/11/krisis-politik-perak-campur-tangan-sultan-penentu-penyelesaian


Mohd Annuar Zaini ini turut memegang jawatan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Perak (MAIPk).

Namun, dia juga pernah menjadi Pengarah Syarikat Berjaya Group milik Vincent Tan, yang memiliki saham syarikat judi.

Dia juga mengamalkan gaya hidup liberal dengan membela anjing di rumah, minum arak dan gaya hidup gaya Barat, tetapi dalam masa sama dia dilantik oleh Sultan Perak sebagai orang yang menjaga hal ehwal agama Islam negeri Perak.

Hanya Mohd Annuar sahaja mampu mendapatkan jawatan sedemikian kerana memiliki 'kabel kuat'.

Raja-Raja Melayu merupakan tunjang kepada agama Islam dan orang Melayu, namun sekiranya individu seperti Mohd Annuar dilantik sebagai penasihat agama untuk Sultan, maka kedudukan agama Islam dan kedudukan hak orang Melayu di negara ini akan mudah digugat.

Sumber: https://klse.i3investor.com/web/corporatefigure/detail/3395?id=3395-14121-598685654


Kalau ada 10 orang seperti Mohd Annuar, rosak masa depan pentadbiran negara.

Dia sendirian mampu mengucar-kacirkan politik negara.

Rancangan apa lagi yang bakal diatur oleh Mohd Annuar selepas ini.

Pastinya, semua rancangannya adalah untuk kepentingan dia dan boneka-bonekanya.

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Dua Tun dan Dana Haram UMNO

Penyatuan 'Tidak Ikhlas' Mahathir-PAS

Isteri Daim Culas Bayar Cukai Pendapatan