Sanusi Md Nor: Kegagalan Demi Kegagalan

Walaupun Muhmmad Sanusi Md Nor lazimnya dikenali sebagai Menteri Besar Kedah, Sanusi lebih popular sebagai seorang pemimpin kelas ketiga yang sering memperbodohkan diri sendiri. Sanusi ini merupakan suatu liabiliti yang seringkali membawa aib kepada reputasi negeri Kedah yang telah banyak melahirkan tokoh-tokoh negara.

Dalam kala dunia dilanda wabak Covid-19 yang telah membawa kematian kepada jutaan manusia, Sanusi dengan selambanya telah memperlekehkan keseriusan kekurangan kontena jenazah mangsa kematian. Biarpun Sanusi kemudiannya memohon maaf, kenyataan Sanusi adalah amat tidak wajar apatah lagi apabila dijadikan sebagai bahan jenaka.
Sanusi seharusnya letak jawatan sahaja kerana dia lebih layak untuk bekerja seorang badut sarkas. Sebelum ini, ada ke patut Sanusi dengan lagaknya akui bahawa negeri Kedah telah menemui hasil bumi mencecah RM43 trillion? Kenyataan semberono ini dibuat tanpa sebarang fakta atau kajian sains yang menyeluruh. Padahal, nilai anggaran kasar yang dibuat pemerhati luar tidak pun mencecah RM62 billion.
Sudahlah percakapan pun macam orang kampung yang tidak bersekolah, pemikirannya pula rasis dan tidak mencerminkan masyarakat setempat Kedah yang berbilang bangsa. Dengan tidak semena-mena, Sanusi dengan selambanya telah mengelar pemain impot bola sepak Afrika sebagai “Awang Hitam”. Dalam era “Say No to Racism” industri bola sepak, Sanusi masih berfikir di takuk lama, lebih-lebih lagi apabila pasukan Kedah FA itu sendiri kerap mengerah tenaga pemain impot Afrika.

Kebobrokan dan sikap rasis Sanusi ini tidak terhenti dengan kata-kata sahaja. Sanusi juga dikatakan telah meluluskan kerja-kerja perobohan sebuah kuil Hindu, walaupun setelah berjanji untuk tidak meneruskannya.

Bukan sahaja Sanusi telah mungkir janji, bahkan tindakan tersebut adalah bertentangan dengan ajaran dan nila-nilai kepimpinan Islam. Baik di waktu perang sekalipun, pemimpin-pemimpin era Khulafa Ar-Rasyidin amat berjaga-jaga dengan kebebasan beragama penganut-penganut bukan Islam. Jelas nampaknya bahawa Sanusi sudah mabuk kuasa apabila sensitiviti sedemikian tidak dijaga, bahkan dirujuk sebagai satu tindakan yang selari dengan undang-undang.
Wah, pandai pula Sanusi menggunakan hujah undang-undang bila kena dengan tempatnya. Manakan tidak, Sanusi ini merupakan seorang kuku besi yang gemar menggunakan undang-undang untuk mengertak dan membuli pengkritik di luar sana.

Bukan seorang dua yang telah ditahan polis, tetapi sehingga empat orang – hanya kerana mereka sanggup menegur tindakan dan kata-kata Sanusi yang bodoh belaka itu. Kalau setakat ditegur di media sosial pun sampai kecut telur, lebih baik tidak payah kerja sebagai seorang ahli politik. Bukankah tugas utama seorang wakil rakyat itu adalah untuk mendengar dan menyelesai permasalahan rakyat?
Malu apabila pembawakan Sanusi yang bodoh sombong ini sampai dibawa ke perbahasan Dewan Undang Negeri (DUN) Kedah. Baik dari PKR atau PEJUANG, rata-rata ahli DUN telah menegur Sanusi, termasuk bekas Menteri Besar Kedah itu sendiri, agar membawa imej yang lebih baik sebagai seorang pemimpin. Tapi apakan daya, Sanusi masih mahu menjadi dirinya yang sendiri, iaitu seorang yang bebal perlakuan dan kata-kata.
Jikalau inilah perangai seorang pemimpin, iaitu seorang yang dengan selambanya menggelar masyarakat India sebagai “mabuk todi”, lebih baik kita lupakan sahaja politikus seperti Sanusi ini pernah wujud.
Nama sahaja pemegang jawatan tinggi dalam sebuah parti Islam, tapi hakikatnya perangai Sanusi ini tidak lebih sebagai orang tua terlajak yang tidak boleh dididik lagi. Dalam ketika itu, boleh lagi Sanusi ini perasan bagus dalam mengemudi pasukan Kedah FA sebagai presiden kelab.

Ada ke patut gaji pemain pun boleh sampai tertunggak selama dua bulan? Kalau setakat gaji pemain bola pun tidak dapat diurus dengan baik, apatah lagi untuk memajukan negeri Kedah yang telah tertinggal dari segi pembangunan infrastruktur dan ekonomi. Harapan, hanya tinggal harapan.

Sanusi, kau memang seorang politikus yang gagal!

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Dua Tun dan Dana Haram UMNO

Penyatuan 'Tidak Ikhlas' Mahathir-PAS

Isteri Daim Culas Bayar Cukai Pendapatan