Muhyiddin Cabar Kuasa Agong Dan Majlis Raja-Raja

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar mengemukakan jumlah SD (Akaun Berkanun) yang diperoleh daripada Ahli Parlimen sebagai bukti Anwar meraih majoriti bagi membentuk kerajaan.

Muhyiddin menegaskan PN mempunyai majoriti yang mencukupi untuk membentuk kerajaan selain menjadi Perdana Menteri ke-10.

Muhyiddin juga dakwa kesemua dokumen sokongan sudah diserahkan kepada Istana Negara meskipun dinafikan oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Tindakan Muhyiddin seolah-olah cuba menafikan kuasa yang dimiliki oleh YDPA untuk melantik seorang Perdana Menteri.

Malahan Muhyiddin juga kelihatan tidak berpuas hati dengan keputusan YDPA sehingga membuat sidang akhbar pada hari sama Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/645596

https://malaysiagazette.com/2022/11/22/belum-terima-sd-agong-titah-rakyat-terima-apa-sahaja-keputusan/

Muhyiddin perlu jelas tentang Perlembagaan Persekutuan dan bukan sewenang-wenangnya cuba mempersoalkan keputusan YDPA.

Perlembagaan Persekutuan adalah jelas berhubung pelantikan Perdana Menteri iaitu seorang ahli Dewan Rakyat yang pada pertimbangan YDPA mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu.

Dalam keadaan di mana sesuatu gabungan parti politik mempunyai majoriti yang jelas iaitu mempunyai sekurang-kurangnya 112 kerusi, soal pertimbangan YDPA tentang siapa yang mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat tidak pernah berbangkit.

Namun, kuasa YDPA selalunya hanya akan dilaksanakan dalam keadaan apabila tiada gabungan parti politik mempunyai majoriti yang jelas seperti keadaan yang berlaku selepas Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri sebelum ini.

Sumber: https://malaysiagazette.com/2022/11/24/patuhi-keputusan-agong-lantik-anwar-pm-ke-10-annuar-musa/

Muhyiddin seharusnya lebih cakna tentang kuasa Raja-Raja Melayu dalam melantik Perdana Menteri.

YDPA memerlukan nasihat orang yang berwibawa seperti Majlis Raja-Raja supaya baginda menjalankan tugas mengikut ketetapan dan berperlembagaan, terutamanya dalam soal melantik Perdana Menteri.

Selain itu, YDPA adalah sebahagian daripada Majlis Raja-raja.

Keputusan YDPA bukan tertakluk kepada keputusan Majlis Raja-Raja kerana dalam memilih dan melantik Perdana Menteri, perkara itu adalah tugas baginda seperti termaktub dalam Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Keputusan YDPA merupakan refleksi kepada kehendak Raja-raja Melayu secara keseluruhannya.

Majlis Raja-Raja sememangnya mempunyai pengaruh besar dan atas dasar itu, YDPA merujuk untuk mendapat maklum balas yang tepat dalam membuat keputusan besar seperti ini.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/232958/berita/nasional/agong-raja-raja-melayu-dijangka-adakan-mesyuarat-khas-esok

Pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri adalah tepat jika mengikut kepada amalan negara-negara Komanwel.

YDPA akan melantik Perdana Menteri dalam kalangan parti yang mendapat majoriti tertinggi mengikut amalan berkenaan.

YDPA tidak boleh melantik mana-mana Ahli Parlimen tanpa melihat bukti kerusi sesebuah parti yang dimenangi pada PRU-15.

Sebab itu, penggunaan SD juga boleh diterima pakai tetapi tidak termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bukti paling utama dalam pilihan raya umum datangnya daripada rakyat melalui peti undi. Rakyat juga sudah sebenarnya sudah memilih Anwar sebagai Perdana Menteri.

Maka, tidak wajar bagi Muhyiddin untuk menafikan keputusan YDPA kerana Pakatan Harapan meraih lebih banyak kerusi Parlimen berbanding PN dalam PRU-15 lalu.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/11/1029752/ikut-amalan-komanwel-agong-akan-lantik-pm-parti-dapat-majoriti

Maka, jelas sekali YDPA menjalankan kuasanya dengan penuh bijaksana dan adil dalam memilih Anwar sebagai Perdana Menteri.

Muhyiddin sepatutnya berjiwa besar dan menerima keputusan itu dengan positif.

Muhyiddin tidak perlu terlalu tamak sehingga seolah-olah cuba menafikan tindakan YDPA.

Perbuatan seumpama itu bukan sahaja memberi kesan buruk kepada Muhyiddin, malahan mencetuskan imej negatif kepadanya.

Sewajarnya, Muhyiddin perlu menghormati kuasa YDPA mengikut Perlembagaan Persekutuan yang ditetapkan.

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Dua Tun dan Dana Haram UMNO

Penyatuan 'Tidak Ikhlas' Mahathir-PAS

Mukhriz Wajar Disiasat