Mengapa Razak Baginda Mengunci Mulut?


Nama Abdul Razak Baginda sudah sinonim dengan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibu.

Altantuya ditembak mati dan diletupkan oleh individu yang tidak berhati perut.

Abdul Razak sehingga kini masih bebas dan masih tidak mengaku kesalahannya.

Bagaimana individu yang menjadi dalang pembunuhan itu masih bebas sedangkan beberapa orang lagi dikenakan hukuman mati?

Perkara berkenaan terus menjadi perdebatan sehinggakan Abdul Razak dianggap menerima layanan 'double standard'.
Pada 2017, Abdul Razak mendakwa dia sudah melupakan 'kisah silamnya' itu dan mengakui 'sudah tidak peduli'.

Bukankah dulu Abdul Razak pernah melarikan diri ke United Kingdom buat seketika?

Kalau benar tidak bersalah, mengapa melarikan diri ke United Kingdom?

Masih cakap besar lagi dan akhirnya mahkamah memutuskan dia adalah rakan subahat kes berkenaan.

Malah, dia enggan membayar ganti rugi kepada keluarga mangsa sehinggakan mereka memfailkan notis kebankrapan terhadapnya.

SUMBER: https://mountdweller88.blogspot.com/2017/11/razak-baginda-kini.html


Tindakan Abdul Razak yang didakwa membunuh Altantuya memberi kesan besar kepada imej negara.

Pembelian kapal selam Scorpene didakwa mempunyai kaitan dengan unsur-unsur rasuah.

Pendedahan mengenai bayaran komisen yang tinggi berhubung pembelian kapal selam berkenaan sehingga menyebabkan Abdul Razak didakwa membunuh Altantuya telah mencemarkan imej Malaysia di mata dunia.

Altantuga didakwa dibunuh atas alasan untuk 'menutup mulut' model berkenaan yang menjadi pengantara bahasa dalam perjanjian terbabit.

Kes Abdul Razak juga mendedahkan kelemahan dalam proses perolehan aset pertahanan negara.

SUMBER: https://www.beritaharian.sg/malaysia/mahkamah-msia-putuskan-razak-baginda-bersubahat-pembunuhan-altantuya


Bagi memastikan keadilan dicapai, kerajaan perlu menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat semula kes Abdul Razak.

Siasatan itu perlu dibuat termasuklah dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam perjanjian pembelian kapal selam.

Kerajaan juga wajar mendedahkan segala dokumen yang berkaitan dengan pembelian kapal selam tersebut.

Selain itu, bagi menggalakkan lebih ramai individu tampil memberikan maklumat mengenai kes ini, kerajaan perlu mengukuhkan perlindungan kepada pemberi maklumat.

Undang-undang seperti Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 harus diperhalusi agar dapat melindungi mereka daripada sebarang ancaman atau tindakan balas.

SUMBER: https://malaysiagazette.com/2024/07/11/hanya-razak-baginda-boleh-jawab-beberapa-persoalan-hakim/


Abdul Razak masih mahu berlagak di hadapan khalayak ramai meskipun dia merupakan rakan subahat kes tersebut.

Sepatutnya dia menceritakan perkara sebenar kepada orang ramai.

Banyak persoalan yang masih belum terjawab sebenarnya.

Abdul Razak adalah individu yang sepatutnya menceritakan perkara sebenar namun dia bertindak pernah melarikan diri ke luar negara.

Satu perkara yang jelas, Abdul Razak masih belum mengaku kesalahannya yang sehingga kin disifatkan sebagai perbuatan kejam.

Comments

Popular posts from this blog

Isteri Daim Culas Bayar Cukai Pendapatan

Mukhriz Wajar Disiasat

Projek Mahathir Lebih Teruk