Mukhriz Wajar Disiasat


Presiden Parti Pejuang Tanah Air, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sepatutnya turut disiasat oleh pihak berkuasa berhubung kegiatannya dalam urusan jual beli tanah dan tender kerajaan.

Bukan sahaja Mirzan dan Mokhzani yang menerima keistimewaan daripada Mahathir, malahan Mukhriz juga turut mendapat 'manfaat' ketika bapanya menjadi Perdana Menteri.

Mukhriz semestinya panas punggung ketika ini apabila dua adik beradiknya berada dalam siasatan pihak berkuasa.

Dia lebih banyak menyakau aset negara ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri dan pencapaiannya dalam politik hanya disokong gara-gara pengaruh bapanya.
Mukhriz merupakan pemegang saham terbesar bagi syarikat Opcom Holdings Berhad.

Malah, isteri kepada Mukhriz, Norzieta Zakaria turut memiliki pegangan saham dalam firma tersebut.

Sepucuk surat rasmi daripada Kementerian Kewangan bertarikh 7 Oktober 2003 yang dikeluarkan kepada Opcom Holdings Berhad tular di media sosial sebelum ini.

Ketika itu, Mahathir masih lagi memegang jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Sekadar imbas kembali, Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri buat kali pertama adalah pada 31 Oktober 2003.

Mahathir sempat untuk memberikan kontrak membekal fiber optik bernilai RM214.2 juta secara rundingan terus oleh Telekom Malaysia kepada Opcom Holdings Berhad.

Selepas Mahathir menjadi Perdana Menteri ketujuh pada 2018, kerajaan ketika itu tiba-tiba meluluskan projek mega Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) bernilai RM21.6 bilion.

Lain-lain projek infrastruktur rakyat gagal diluluskan kerana kononnya negara sudah bankrap dengan hutang RM1 trilion tapi projek NFCP diluluskan dengan begitu laju oleh kerajaan Mahathir ketika itu.

Harga saham syarikat Opcom yang merupakan antara pembekal utama apabila projek NFCP dilaksanakan naik setinggi 50% selepas Kabinet umum projek tersebut diluluskan.

Saham Opcom naik 18.5 sen atau 41.11% menjadi 63.5 sen ketika itu. Bayangkan berapa banyak keuntungan lumayan diperoleh oleh Mukhriz pada masa itu.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2019/09/09/as-opcom-shares-rise-so-do-whispers-about-cronyism-and-new-malaysia/?fbclid=IwAR2NLInZ91Ervg5UOgVoj53CoqYmXrMsxvKXumQ76ZMXV5CdBUIRHSVa4ew


Ketika Mukhriz menjadi Menteri Besar Kedah, kerajaan negeri itu menawarkan pajakan tanah pantai di Langkawi sebesar 34 ekar dengan harga RM3,200 setahun kepada Mahathir pada 2014.

Tanah itu dipajak selama 60 tahun dari Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

Ironinya lagi, Mahathir ketika itu adalah Penasihat LADA dan anaknya pula Menteri Besar merangkap exco bertanggungjawab ke atas tanah itu.

Akta kerajaan mana yang membolehkan Mahathir memperoleh tanah seluas itu daripada anaknya sendiri?

Bukankah tanah seluas itu sepatutnya digunakan untuk pembangunan penduduk Langkawi?

Secara logiknya, mengapa perlu diberikan kepada Mahathir?

Sumber: https://www.malaysianow.com/my/news/2021/11/24/kedah-bawah-mukhriz-tawar-dr-m-34-ekar-tanah-langkawi-kata-najib


Mukhriz juga didakwa memindahkan wang berjumlah RM13 juta ke akaun bank di Kanada ketika beliau menjadi Menteri Besar Kedah.

Perkara itu didedahkan oleh Menter Besar Kedah ketika ini. dan bukti tentang pemindahan wang itu masih disimpan.

Meskipun Mukhriz menafikan perkara itu, namun pepatah menyebut, 'kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang'.

Jumlah RM13 juta mungkin hanya nilai yang kecil bagi Mukhriz, namun wang tersebut jika disalurkan untuk rakyat Kedah, banyak perkara yang boleh dibuat.

Berapa banyak isi rumah di Kedah boleh dibantu dengan wang sebanyak itu? Mukhriz tak akan tahu kerana dia tidak ambil peduli kesengsaraan rakyat.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/09/867009/rm13-juta-wang-mbi-kedah-dipindahkan-ke-kanada


Mukhriz tidak wajar dilepaskan begitu sahaja kerana dia juga terlibat dalam plot kronisme Mahathir.

Duit rakyat disakau, aset negara diambil untuk kekayaan keluarga mereka sendiri.

Mukhriz kaya kerana mendapat keistimewaan daripada Mahathir, bukannya hasil usahanya sendiri.

Tapi keistimewaan itu meragut hak-hak yang sepatutnya menjadi milik rakyat.

Mukhriz perlu bersedia kerana tiba masanya, dia juga boleh disiasat.

Jangan ingat selama-lamanya Mukhriz boleh menyimpan ‘pekungnya’.

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Dua Tun dan Dana Haram UMNO

Penyatuan 'Tidak Ikhlas' Mahathir-PAS

Isteri Daim Culas Bayar Cukai Pendapatan