Harta Anak-Anak Mahathir Hasil Kronisme, Nepotisme

Kekayaan anak-anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi subjek kritikan oleh pelbagai pihak.

Nilai kekayaan anak-anaknya juga sukar untuk dirahsiakan, tambahan pula apabila melihat kepada portfolio perniagaan serta jawatan yang disandang oleh mereka.

Hanya Mahathir seorang yang menyangkal dakwaan bahawa anak-anaknya itu menjadi kaya-raya disebabkan oleh kepentingan politik peribadi yang diamalkan ketika dia menjadi Perdana Menteri.

Mahathir mendakwa anak-anaknya itu bekerja keras tanpa mengharapkan bantuan daripadanya.

Berhenti bohongi sesiapa, Mahathir.

Sukar untuk percaya kesemua anak-anak Mahathir kaya-raya tanpa bantuan daripadanya sendiri.

Mahathir tentu ingat sewaktu menjadi PM7 pada 2018, dia melantik anaknya, Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah.

Betapa hebatnya Mahathir. Portfolio Mukhriz tidak cemerlang tapi tetap membiarkan anaknya itu memerintah Kedah.

Sedangkan, ekonomi Kedah berada pada tahap buruk ketika zaman Mukhriz dan pernah ditendang keluar oleh UMNO Kedah.

Senanglah kerja Mahathir memberikan jawatan tertinggi kepada Mukhriz untuk dia menyakau wang negeri berkenaan.

Mukhriz pernah menjual sebidang tanah negeri Kedah seluas 320 hektar kepada sebuah syarikat China.

Hasil jualan bukan berbalik kepada rakyat, sebaliknya masuk poket sendiri.

Apa sahaja boleh dibuat untung, mereka anak beranak akan ambil kesempatan. Licik betul Mahathir.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/letters/509478

https://theunspinners.blogspot.com/2020/05/dua-kali-tumbang-di-kedah-layakkah.html

Mahathir mesti ingat tentang sepucuk surat rasmi daripada Kementerian Kewangan bertarikh 7 Oktober 2003 yang dikeluarkan kepada Opcom Holdings Berhad.

Ketika itu, Mahathir masih lagi memegang jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri buat kali pertama adalah pada 31 Oktober 2003.

Mahathir sempat untuk memberikan kontrak membekal fiber optik bernilai RM214.2 juta secara rundingan terus oleh Telekom Malaysia kepada Opcom Holdings Berhad.

Mengapa syarikat itu mendapat tender berkenaan secara rundingan terus? Anak-anak Mahathir iaitu Mukhriz dan Mokhzani memiliki kepentingan dalam syarikat berkenaan pada masa itu.

Malah, isteri kepada Mukhriz, Norzieta Zakaria turut memiliki pegangan saham dalam firma tersebut.

Tidak hairan mengapa syarikat itu mendapat keistimewaan berbanding syarikat-syarikat lain dan Mahathir masih mahu menyatakan dia tidak membantu anak-anaknya?

Pada 1992, Mirzan membeli Perbadanan Nasional Shipping Line (PNSL) Berhad daripada sebuah agensi milik kerajaan iaitu Perbadanan Nasional (PERNAS) dengan harga RM248 juta pada 1992.

Mirzan membeli PNSL menerusi syarikat miliknya iaitu Konsortium Perkapalan Bhd (KPB).

Namun, Mirzan terperangkap dalam krisis ekonomi Asia dan dia terpaksa menanggung kerugian kira-kira AS$230 juta kerana membeli syarikat Hong Kong, Pacific Basin Bulk Shipping pada 1996.

Mirzan hampir muflis dan Mahathir mengarahkan Petronas membeli syarikat KPB sebanyak RM900 juta.

Mahathir juga sanggup merancang untuk melaksanakan satu skema khas dengan mengambil dana kira-kira RM2 bilion daripada Kumpulan Wang Amanah untuk membantu KPB.

KPB ketika itu memiliki hutang sebanyak RM1.6 bilion. Menteri Kewangan pada masa itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menentang habis-habisan idea berkenaan.

Namun, Mahathir dikatakan mengarahkan pembelian KPB dibuat menerusi pintu belakang tanpa saluran rasmi.

Anwar meminta Mahathir membentangkan bajet tambahan untuk 'bail-out' KPB di Parlimen tapi Mahathir tidak mahu kerana ingin menjaga air mukanya.

Mahathir sebaliknya mengarahkan Petronas membeli KPB menggunakan dana kerajaan tanpa pengetahuan Kementerian Kewangan.

Sebab itu, Mirzan masih kekal dalam golongan elit negara, walhal dia hampir muflis suatu masa dahulu.

SUMBER:  : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/expkr-youth-chief-alleges-dr-mahathir-bailed-his-sons-kpb-1998-59960

Tender kerajaan dan 'bail out' syarikat anak-anaknya adalah bukti kukuh Mahathir 'menghadiahkan' kekayaan kepada mereka.

Kalau bukan bapa mereka adalah Mahathir, sudah tentu anak-anaknya muflis seperti yang berlaku kepada Mirzan.

Namun kerana bapa mereka adalah Mahathir, sehingga kini anak-anaknya memiliki harta berbilion ringgit atau mungkin berbilion dolar.

Mahathir mahu bukti? Banyak bukti tentang kronismenya telah terdedah dan tersebar.

Tunggu masa sahaja untuk tersebar dan disiasat oleh pihak berkuasa sekali lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Rakyat Tidak Lupa Tentang Razak Baginda

MUDA Gagal Bawa Sebarang Pembaharuan Untuk Johor

Manipulasi Dan Permainan Kotor Mahathir