Prinsip MUDA Tidak Pernah Selari

Pada 2023, parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mengumumkan akan menarik sokongan daripada kerajaan.
Parti itu mendakwa mereka tidak akan bertolak ansur dengan keputusan pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
MUDA mengisytiharkan diri mereka sebagai 'kuasa ketiga' di blok pembangkang.
Langkah berkenaan kononnya dianggap sebagai tindakan berprinsip.
Namun ada satu langkah yang tidak diambil oleh MUDA iaitu mengosongkan kerusi yang dimenangi atas Pakatan Harapan (PH).
Malah, tiga tahun kemudian, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman masih duduk di kerusi Muar.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), PH tidak meletakkan calon di Muar sebagai sebahagian daripada persefahaman dengan MUDA.
Syed Saddiq menang dengan hanya 37.55 peratus undi dan majoriti tipis 1,345 undi menentang calon PAS.
Dalam pertandingan sesengit itu, setiap undi penyokong PH yang beralih kepada MUDA menentukan keputusan.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, menegaskan selepas itu bahawa kemenangan Syed Saddiq hasil persefahaman dengan PH, bukan semata-mata pengaruh peribadinya.
Kedudukan sama berlaku pada kerusi kedua MUDA, iaitu DUN Puteri Wangsa di Johor.
Kerusi itu dilepaskan oleh Amanah kepada MUDA dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022 dan Amira Aisya Abdul Aziz menang atas kerjasama dengan parti-parti PH.
Dalam PRN Johor pada Julai 2026, MUDA meletakkan empat calon dan kalah di kesemua kawasan bertanding.
Di Puteri Wangsa, kerusi yang pernah dimenangi MUDA, dirampas oleh calon PH, Maszlee Malik.
Maszlee menang dengan majoriti 5,744 undi, manakala calon MUDA, Rashifa Aljunied, hanya menduduki tempat keempat daripada lima calon.
Apabila PH tidak lagi memberi laluan, kekuatan sebenar MUDA terdedah.

Kalau MUDA terlalu berpegang kepada prinsip, sepatutnya mereka melepaskan kesemua mereka tanpa disuruh.
Namun, Syed Saddiq enggan mengosongkan kerusi Muar dan cuba menyerang pihak lain.
Dakwa Syed Saddiq, PH mengkhianati rakyat dan tidak menepati janji yang diucapkan sebelum pilihan raya.
Jika benar PH mengkhianati mandat rakyat, pulangkan semula keputusan kepada pengundi Muar.
Biarkan rakyat menentukan siapa yang mereka percaya.
Kalau Syed Saddiq yakin pengundi masih berdiri di belakangnya, mengapa keyakinan itu tidak diuji sekali lagi di peti undi?

Selepas tiga tahun, tiada sebarang pembaharuan dibuat oleh MUDA selepas menjadi kuasa ketiga.
Syed Saddiq menyertai jelajah Perikatan Nasional (PN) tanpa keputusan rasmi parti dan kemudiannya dilabel Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai 'Pro-PN'.
Pada Oktober 2025 pula, MUDA menyertai mesyuarat 11 parti pimpinan Muhyiddin yang membentuk Ikatan Prihatin Rakyat bersama PAS dan Bersatu.
Kuasa ketiga yang dijanjikan pada 2023 tampak seperti sebuah persinggahan sebelum bergerak ke kem PN.
Prinsip yang diperjuangkan juga tidak selari. Selepas tiga tahun, Syed Saddiq masih memegang kerusi Muar.
SUMBER: https://mykmu.net/2024/03/15/pisah-dengan-syed-saddiq-jika-sertai-jelajah-pn-ahli-muda/

MUDA sepatutnya berpegang teguh kepada prinsip yang dibawa.
Kalau hanya pandai bercakap tapi takut untuk berpegang kepada prinsip, maka MUDA tiada bezanya.
MUDA perlu tunjukkan mereka berani untuk melepaskan kerusi yang dipegang dan biarkan rakyat memilih.
Namun, MUDA seolah-olah sedar sekiranya kerusi Muar dilepaskan, maka tiada jalan kembali untuk menguasai kawasan berkenaan.
Jangan hanya tahu laungkan prinsip, tapi takut untuk memperjuangkannya.
Comments
Post a Comment