Legasi Kemewahan Anak-Anak Tun Daim


Apabila menyebut tentang bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, pasti kebanyakan daripada kita akan melihat dia sebagai sosok figura yang sentiasa berdiri di belakang Tun Dr Mahathir Mohamad.

Masakan tidak, mereka berdua memiliki sejarah yang panjang dalam politik.

Semestinya, apabila memiliki sejarah yang panjang dalam politik, pastinya ada kontroversi yang melanda Tun Daim.

Beberapa tahun lalu, nama Tun Daim dan ahli keluarganya terpalit dalam skandal Kertas Pandora.

Namun, pendedahan Kertas Pandora terhadap Tun Daim dan keluarganya tidaklah mengejutkan kerana ramai yang mengetahui rahsia kekayaan bekas Menteri Kewangan itu.

Sumber: https://ikram.org.my/watak-pandora/


Tun Daim sebelum ini dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan duit berbilion ringgit milik keluarganya di luar negara.

Bayangkan anak-anak Tun Daim seawal usia 9 dan 12 tahun sudah memiliki firma di Kepulauan Virgin Britain.

Muhammed Amir Zainuddin Daim dan Muhammed Amin Zainuddin Daim yang lahir pada tahun 1995 dan 1998, masing-masing menjadi pemegang saham Newton Invest & Finance Limited (BVI) pada tahun 2007.

Firma berkenaan pula memiliki hartanah di London bernilai 10 juta pound (RM58 juta) pada masa itu.

Ketika kanak-kanak lain sibuk bermain alat permainan dan menonton kartun kegemaran, anak-anak Tun Daim sudah diberikan hadiah yang sangat besar.

Dari mana Tun Daim mendapatkan kekayaan sebegitu banyak sehingga boleh memberi hadiah semahal itu kepada anak-anaknya?

Seorang lagi anak perempuannya iaitu Aslinda Daim-Pan pula merupakan pengarah syarikat Britain 8 Bryanston Square Freehold Limited namun syarikat itu hanya memiliki aset sebanyak 5 pound (RM29) sahaja mengikut pemfailan terakhirnya.

Sumber: https://suaramerdeka.com.my/tun-daim-disiasat-skandal-kewangan-rm2-3-bilion/


Apabila Muhammed Amir Zainuddin Daim dan Muhammed Amin Zainuddin Daim menginjak usia awal dua puluhan, mereka telah menjadi pemilik kepada beberapa buah syarikat luar pesisir yang ditubuhkan di kepulauan tersebut.

Antaranya adalah Splendid International Ltd (BVI) yang memiliki hartanah London bernilai 12 juta pound (RM698 juta).

Newton Invest & Finance Limited (BVI) dan Splendid International Ltd (BVI) berpangkalan di Bryanston Square, London.

Bryanston Square merupakan dataran taman seluas 800 kaki darab 200 kaki di Marylebone, London serta menjadi alamat yang muncul berkali-kali dalam carian yang melibatkan anak-anak Daim dan harta benda atau syarikat di London.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/593928


Kertas Pandora mendedahkan isteri, anak-anak dan rakan perniagaan Tun Daim memiliki aset sebanyak 141 juta.

Namun kesemua mereka tidak pernah diiktiraf sebagai antara orang terkaya di Malaysia.

Tun Daim sebelum ini mengatakan semua kekayaannya adalah hasil dia menjalankan perniagaan sejak 1960-an.

Mengapa nama Tun Daim tidak tersenarai dalam Forbes? Mengapa anak-anaknya juga tidak tersenarai?

Dalam diam, anak-anak Tun Daim mengumpul dan menyimpan aset di luar negara.

Orang hanya tahu kekayaan anak-anak Mahathir tetapi tidak ramai mengetahui rahsia besar anak-anak Tun Daim.

Sumber: https://umno-online.my/2023/02/15/pandora-papers-sprm-telah-buka-skandal-kleptokrasi-terbesar-dunia-isham-jalil/


Bukan sahaja Tun Daim tetapi seluruh ahli keluarganya perlu disiasat.

Seawal usia kanak-kanak, anak-anak Tun Daim sudah menjadi pemilik firma di luar negara.

Malah, mereka masih terus mengaut kekayaan di luar negara sehingga gagal dihidu oleh media negara ini.

Mujur, Kertas Pandora mendedahkan segala-galanya tentang anak-anak Tun Daim.

Wajarlah pihak berkuasa mengambil tindakan segera kepada mereka.

Tidak mustahil wang yang menjadi aset keluarga Tun Daim adalah duit milik rakyat yang disonglap oleh Tun Daim ketika menjadi Menteri Kewangan.

Bertuah menjadi anak-anak Tun Daim, lahir-lahir sahaja diberikan wang yang banyak.

Di saat ada kanak-kanak di Malaysia sukar untuk mendapatkan sesuap nasi kerana keluarga mengalami kesusahan hidup, anak-anak Tun Daim pula dapat merasai 'kemewahan' hasil tangan kotor Tun Daim.

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Dua Tun dan Dana Haram UMNO

Penyatuan 'Tidak Ikhlas' Mahathir-PAS

Isteri Daim Culas Bayar Cukai Pendapatan