MAHATHIR, CUKUPLAH BERSEMBUNYI DI BELAKANG PROKSI-PROKSI ANDA

Awal minggu ini seorang taikun, Tan Sri Lee Kim Yew telah menafikan bahawa beliau adalah penganjur majlis Forum Ekonomi China Sedunia (WCEF) setelah mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijemput sebagai tetamu kehormat untuk merasmikan program tersebut. Beliau turut menyatakan bahawa Datuk Seri Najib telah ditipu oleh para penganjur WCEF, dan mendakwa bahawa WCEF ini tiada kaitan dengan program asal yang diasaskan beliau.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/604776

https://malaysiagazette.com/2021/12/28/wcef-2021-tiada-kaitan-dengan-lee-kim-yew-isi/

Jadi, kenapakah beliau hanya menafikan penglibatannya terhadap program forum ini selepas Datuk Seri Najib Razak? Mengapakah beliau ingin memalukan Datuk Seri Najib, sedangkan beliau sudah kini mengharungi pelbagai cabaran yang termasuk juga hukuman penjara? Jawapannya senang. Tan Sri Lee Kim Yew sebenarnya sahabat karib Tun Dr Mahathir.
Senang saja nak tahu bagaimana mereka boleh dikaitkan bersama. Tan Sri Lee Kim Yew adalah pemaju Country Heights dan juga resort Palace of the Golden Horses, kesemuanya dibina pada zaman Tun Dr Mahathir menyandang jawatan Perdana Menteri kali pertama. Melalui dua projek ini yang disanjung oleh Tun Dr Mahathir secara langsung, mustahil untuk beliau menjadi kaya raya. Ini terbuktilah dengan kediaman Tun Dr Mahathir yang berdekatan dengan Palace of the Golden Horses di Sri Kembangan.

Perlu rakyat tahu bahawa bukan sekadar kebetulan kediaman Tun Dr Mahathir berdekatan dengan kawasan yang dimajukan oleh Tan Sri Lee Kim Yew. Malah mereka kedua-dua merupakan rakan kongsi dalam pelbagai perniagaan! Carian dari laman SSM menunjukkan bahawa kedua-dua mereka mempunyai pegangan saham untuk Palace of the Golden Horses, dan juga sebuah syarikat penerbangan yang bernama Flyjet di mana Tun Dr Mahathir telah menggunakan pesawat kapal terbang sebagai pengangkutan udara peribadi selama ini. Tidak hairanlah jika Tan Sri Lee Kim Yew disuruh oleh Tun Dr Mahathir untuk menafikan segala kaitan beliau dengan WCEF dan Datuk Seri Najib Razak.

Sumber: https://pakdin.my/mahathir-pemegang-saham-syarikat-jet-peribadi-flyjet-sdn-bhd/?amp=1

Persoalan yang seterusnya adalah mengapakah Tun Dr Mahathir masih ingin mengecilkan dan mengutuk kaum Cina di negara kita sedangkan beliau mempunyai pegangan saham yang luas di syarikat-syarikat yang dimilik oleh taikun berketurunan Cina? Apakah ini menunjukkan betapa hipokritnya Tun Dr Mahathir? Sebenarnya Tun Dr Mahathir ni bukan sahaja hipokrit, malah seorang rasis yang cukup tidak mengenang jasa rakyat Malaysia yang menyumbangkan kepada ekonomi dan pembangunan negara, tidak lupa juga memenuhi poket Tun Dr Mahathir sendiri dengan penggubalan wang haram.

Sumber: https://coconuts.co/kl/news/eating-with-chopsticks-not-the-malaysian-way-mahathir-mohamad/

Tun Dr Mahathir perlu tahu tempatnya dalam semua ini. Sebenarnya, beliau lah punca kemerosotan negara kita pada masa kini. Kalaulah beliau tidak bertekad menukar Pak Lah dengan Najib, mungkin negara ini tidak akan ada kes-kes rasuah yang bertaraf sedunia seperti 1MDB dan sebagainya. Ekonomi kita pun tidak akan merosot kerana tidak perlunya Tun Dr Mahathir kembali bertarung di arena politik dan menjadi Perdana Menteri untuk kali kedua, hanya untuk menghancurkan dan memecahbelahkan rakyat sehingga kita berada dalam situasi hari ini.

Ada kebenaran dalam kenyataan “rindu zaman BN”. Tengoklah betapa sengsara hidup rakyat semasa rejim Pakatan Harapan pimpinan Tun Dr Mahathir. Orang muda dianggap malas, dan tidak berdaya saing. Kaum Melayu pulak dianggap terlalu bergantung kepada kerajaan. Ini sebenarnya punca dari siapa? Tun Dr Mahathir sendiri! Jadi apabila beliau ingin suruhkan kroninya untuk mengeluarkan kenyataan seolah-olahnya untuk memalukan Datuk Seri Najib, perlunya ingat bahawa ini semua salah dia sendiri! Tanpa gangguannya, negara tidak akan berada dalam keadaan kucar-kacir, ekonomi dan nilai wang ringgit tidak akan hancur, dan rakan seperjuangan tidak akan menjadi musuh!

Jelas sekali Tun Dr Mahathir dari dulu merupakan seorang yang menggunakan kaedah membelah bahagi atau “divide and rule” untuk kekal berkuasa. Sudah dua kali kita beri dia peluang, sudah dua kali rakyat dan negara sengsara. Cukuplah dengan Atok. Mari kita buatkan dia sejarah dan tidak lagi relevan dari konteks politik negara terkini.

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Dua Tun dan Dana Haram UMNO

Penyatuan 'Tidak Ikhlas' Mahathir-PAS

Isteri Daim Culas Bayar Cukai Pendapatan