PH Gagal Bawa Kemajuan Di Johor

Johor sebelum ini diperintah oleh Pakatan Harapan (PH) mengalami kegagalan sebelum diambil alih semula oleh Barisan Nasional (BN) pada Mac lalu.

Banyak kegagalan yang dilakukan oleh PH di Johor sehingga tiada kemajuan dicapai sepanjang tempoh pemerintahan parti berkenaan.

Mujur, Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan dan rakyat Johor dapat bernafas semula di bawah kerajaan baharu.

Sepanjang lapan bulan BN memerintah semula, banyak kemajuan berjaya dicapai oleh negeri itu dan kejayaan itu berkemungkinan besar akan terus berlaku dalam tahun-tahun mendatang sekiranya mandat terus diberikan kepada kerajaan ketika ini.

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-politik/rasmi-prn-johor-bn-menang-majoriti-dua-pertiga-bentuk-kerajaan-negeri-351486

Salah satu kegagalan kerajaan PH di Johor adalah tiadanya pelan ekonomi untuk rakyat negeri itu.

Selain menjenamakan semula inisiatif kerajaan sebelum itu, tiada naratif ekonomi baharu diwujudkan atau ditawarkan oleh PH.Johor berjaya meningkatkan pelaburan sebanyak 822% atau RM60.9 bilion tempoh separuh pertama tahun ini selepas kerajaan negeri Johor kembali diperintah oleh BN

PH pula hanya mampu membawa pelaburan sebanyak RM6.6 bilion dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Johor juga kembali ke kedudukan pertama bagi jumlah pelaburan diterima antara semua negeri-negeri.

Kejayaan Johor pada peringkat negeri merupakan bukti bahawa usaha kestabilan boleh dilakukan pada peringkat negara sekiranya BN kembali menjadi kerajaan Persekutuan.

Sumber: https://ohmedia.my/ohpolitik/syabas-kerajaan-johor-catat-pelaburan-rm60-9-bilion-tmj-ucap-tahniah/

Menerusi Bajet 2023, Johor mendapat beberapa insentif antaranya Pembangunan Projek Landasan Kereta Api Berkembar Gemas-Johor Bahru dan RTS Link; pembinaan lorong memotong di Senai-Desaru Expressway; naik taraf Lebuh Raya Utara Selatan (Senai Utara-Pandan) dengan kos RM510 juta dan penambahbaikan Bas Rapid Transit menerusi peruntukan RM80 juta.

PH pula membatalkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang akan menghubungkan Singapura, Johor Bahru dan Kuala Lumpur.

Pembangunan di sepanjang jajaran itu sebenarnya akan memberi manfaat kepada rakyat negeri Johor khususnya, sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi Johor.

Pembatalan projek itu menyebabkan negara terpaksa membayar pampasan sebanyak RM320 juta walaupun kerajaan PH mengatakan hutang negara meningkat sebanyak RM1 trilion.

Soalnya, mana datang wang untuk membayar pampasan itu?

Perbincangan untuk meneruskan projek itu bersama Singapura akan kembali cerah sekiranya BN terus menjadi kerajaan.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/08/991679/malaysia-harap-projek-hsr-dengan-singapura-diteruskan

https://www.sinarharian.com.my/article/225011/khas/bajet-2023/bajet-2023-ambil-kira-aspek-pembangunan-johor

Kerajaan PH juga gagal menunaikan janji untuk membina 100,000 mampu milik di Johor.

Dalam tempoh lapan bulan pemerintahan, kerajaan Johor sudah menyiapkan 2,400 unit rumah mampu milik yang dijangka siap hujung tahun ini.

Sebanyak 21,139 unit rumah mampu milik bakal dibina di Johor dalam tempoh lima tahun akan datang.

Dasar Perumahan Johor juga menetapkan supaya pemaju membina rumah mampu milik, namun pada masa sama, kerajaan negeri memastikan para pemaju tidak terbeban dengan pelaksanaan dasar tersebut.

Johor menetapkan 40 peratus kepada pemaju untuk membina rumah mampu milik di negeri berkenaan.

Selain itu, kerajaan negeri Johor juga memperkasakan sistem permohonan rumah dalam talian dan rakyat Johor hanya perlu menyediakan lima dokumen, berbanding 17 dokumen sebelum ini.

Sumber: https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2133527

Kegagalan kerajaan PH di Johor merupakan satu tamparan besar buat parti berkenaan.

Kerajaan BN Johor tidak memerlukan tempoh yang lama untuk mengembalikan semula ekonomi Johor di landasan tepat.

Fakta dan statistik sudah membuktikan segala-galanya. Kestabilan yang dicari oleh rakyat dan bukannya naratif negatif yang sering dimainkan oleh PH.

Kejayaan BN di Johor juga membuktikan bahawa PH hanya omong kosong dan tidak cekap mentadbir di peringkat negeri, apatah lagi peringkat negara.

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Dua Tun dan Dana Haram UMNO

Penyatuan 'Tidak Ikhlas' Mahathir-PAS

Isteri Daim Culas Bayar Cukai Pendapatan