Parti MUDA Tidak Boleh Dipercayai

Kerelaan Syed Saddiq dan Parti MUDA untuk bertembung dengan Parti Keadilan Rakyat di DUN Larkin menunjukkan kesanggupan mereka untuk menikam belakang “sekutunya” dan mendedahkan kepada rakyat bahawa MUDA tidak boleh dipercayai. Tengoklah apa yang jadi! Kata tak nak bertembung dengan rakan sepakat tapi akhirnya tetap bertembung! Macam mana nak percayai parti yang sudah mula membohong sedangkan belum bertanding lagi dalam pilihanraya?

Kebelakangan ini, tidak boleh dinafikan bahawa MUDA telah mengambil kesempatan untuk menyakitkan hati sekutu-sekutu mereka.

Walaupun MUDA diasaskan dengan idealisme yang menarik perhatian orang ramai, khususnya golongan belia, mereka kini terpalit dalam masalah-masalah pilihan mereka sendiri. Jadi, Syed Saddiq tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak kecuali dirinya sendiri. Senang kot, kalau nak bertanding lebih kerusi, tak payah lah menunjuk sikap keangkuhan dan mintak kawasan kubu parti lain!
Adakah MUDA ingat ia dapat memenangi semua kerusi mereka dengan yakin? Kalau ia yakin jadi kenapa mintak kerusi selamat parti lain? Syed Saddiq dan para barisan pimpinan MUDA kini bertindak seperti amatur politik. Katanya MUDA sudah mula, tapi hasilnya semacam tidak teratur dan selalu bercanggah dengan parti-parti lain yang kononnya dianggap sekutu.

Bukankah musuh mereka UMNO/BN dan Perikatan Nasional? Bukankah MUDA ditubuhkan untuk melawan korupsi dan cara-cara politik lama? Jadi kenapa nak ikut balik perangai politik lama? Apa yang sangat mengecewakan adalah sikap dua muka Syed Saddiq. Dengan wartawan cakap tak nak bertembung, hormat parti lain. Tindakannya pula bertentangan dengan kenyataannya. Jadi apa yang sedang menerusi minda Syed Saddiq? Adakah kemungkinan bahawa ini merupakan tipu muslihat daripada Tun Dr Mahathir untuk menyusahkan lagi Anwar Ibrahim? Betul atau tidak, masalahnya Syed Saddiq sama sekali tidak boleh dipercayai untuk membawa masuk era politik baru di Malaysia.
Ini bukan kali pertama Syed Saddiq telah menipu dan bermusuhan dengan anggota Pakatan Harapan. Kita perlu ingat bahawa dia telah mengutuk ADUN Ulu Tiram yang merupakan anggota PKR dengan menyatakan bahawa masyarakat India di sana tidak puas hati dengan ADUN mereka. Adakah ini cara untuk melayan rakan sekutu? Baik UMNO/BN tak payah bertanding, biar MUDA mengutuk sahaja Pakatan Harapan. Terus kalah!

Masalahnya juga apabila Syed Saddiq meminta maaf, dia semata-matanya tidak ikhlas dan kian berusaha untuk melupakan insiden itu. Syed Saddiq kini sudah beberapa kali membuat ‘u-turn’ dengan kenyataan asalnya, tetapi ini sudah menjadi suatu corak yang membimbangkan. Mengapakah dia bertindak secara melulu? Adakah taktik hentam dulu, menyesal nanti efektif? Nampaknya ia hanya membawa kepada masalah di mana rakyat yang menginginkan perubahan kini berasa kecewa dan keliru, sama ada untuk anggap MUDA sebagai rakan atau musuh.
Adakah MUDA kini tidak mempunyai sebarang matlamat yang boleh dicapai disebabkan kenaifan pemimpinnya? Dalam sehari dua ini boleh dilihat di media sosial bahawa sekumpulan ahli MUDA telah memulakan tanda pagar “#BatalKeahlianMuda” di mana mereka telah membatalkan keahlian mereka sejurus sahaja MUDA mengumumkan ia akan bertembung dengan PKR di Larkin. Nampaknya para barisan pimpinan MUDA masih belum mengeluarkan kenyataan yang menyentuhkan perkara ini. Adakah mereka berdepan dengan jalan buntu?

Sikap keangkuhan ini sebenarnya yang merosakkan politik di negara ini. Keengganan bertolak ansur antara sama satu lain, sebaliknya membohong dan menipu helah dengan pihak yang dianggap sekutu adalah resipi untuk malapetaka.

Bahaya jika orang muda terus dipengaruhi politik toksik MUDA. Jangan bagi mereka peluang untuk memegang mana kerusi di pilihanraya negeri kelak. Mereka tidak membawa sebarang janji perubahan yang mereka selalu uar-uarkan. Malah ada di kalangan mereka yang sudah sedar diri. Wahai rakyat Johor, pilihlah calon dari parti yang boleh dipercayai, bertanggungjawab, berintegriti, telus dan ikhlas.

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Dua Tun dan Dana Haram UMNO

Penyatuan 'Tidak Ikhlas' Mahathir-PAS

Isteri Daim Culas Bayar Cukai Pendapatan