Ironi Perkauman MUDA

Ahli-ahli parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) apabila bercakap tentang sesuatu isu, mereka antara yang 'juara'.

MUDA banyak kali bercakap soal keagamaan dan perkauman.

Mereka mendakwa memperjuangkan isu perbezaan perkauman sebagai asas penubuhan parti itu.

Namun, banyak kali juga MUDA 'bercakap di depan cermin'.

Bukan sahaja cakap tidak serupa bikin, malah asas perjuangan mereka juga sebenarnya kabur dan tiada hala tuju jelas.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/09/11/perjuangan-muda-kabur-hala-tuju-fokus-kata-pakar/

Pengasas bersama parti itu, Lim Wei Jiet pernah mencetuskan kontroversi apabila mengeluarkan kenyataan bahawa Dasar Ekonomi Baharu (DEB) hanya berasaskan kaum.

Dakwanya, DEB 'membenarkan' projek dan kuota diberikan mengikut warna kulit. Sebenarnya, mesej yang cuba disampaikan oleh Wei Jiet adalah DEB hanya mementingkan golongan Melayu dan Bumiputera.

Kenyataan Wei Jiet itu adalah tidak benar pada asasnya. Menurut statistik tahun 2021, masyarakat Melayu terdiri daripada 58.4% penduduk Malaysia yang berstatus miskin tegar, berbanding dengan 4.5% masyarakat India dan 2.9% masyarakat Cina.

Statistik tersebut menunjukkan pelaksanaan DEB masih berlandaskan polisi mengikut keperluan dan bukan mengikut warna kulit semata-mata.

Selain itu, sebanyak 71.6% golongan Bumiputera di negara ini mempunyai jumlah pendapatan isi rumah RM3,000 dan ke bawah.

Jika DEB dihapuskan, maka golongan Bumiputera akan terus dibelenggu kemiskinan. Maka, tidak wajar bagi Wei Jiet mengeluarkan kenyataan sedemikian demi melindungi kepentingan kaum tertentu.

Lihat juga berapa ramai golongan Bumiputera terpaksa bekerja dalam ekonomi gig seperti e-hailing dan sebagainya bagi menampung kehidupan mereka.

Sumber: https://www.theedgemarkets.com/article/closer-look-latest-data-ethnic-income-gap

https://premium.sinarharian.com.my/article/153775/sinar360-/infografik/melayu-paling-ramai-miskin-tegar

Syed Saddiq adalah individu mencetuskan sentimen ICERD pada 2018 apabila mengeluarkan kenyataan berkaitan 'ketuanan Melayu'.

Syed Saddiq menyifatkan ketuanan Melayu adalah mimpi palsu. Kenyataan itu sememangnya menimbulkan kemarahan orang ramai sehingga himpunan menentang ICERD dilakukan pada masa itu.

Syed Saddiq mengguna pakai ideologi idolanya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu negara ini tidak lagi diperintah oleh mana-mana Raja Melayu dan berhasrat menjadikan Malaysia sebagai negara republik.

Ratifikasi ICERD boleh menghasilkan kemudaratan yang lebih besar daripada kebaikannya.

Sudah tentu, situasi itu akan membuka ruang kepada pihak lain untuk mencabar Perkara 153 dalam Perlembagaan Malaysia; mencabar kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan peruntukan keistimewaan terhadap orang Bumiputera di negara ini serta mencabar kedudukan Majlis Raja-Raja.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/431402

https://www.malaysiakini.com/news/449370

Wei Jiet merupakan Setiausaha Agung Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam).

Hakam pernah menyambut baik usaha meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum di Malaysia (ICERD).

Sekiranya Wei Jiet rajin membaca Perlembagaan Malaysia, sila belek semula apa yang terkandung dalam Perlembagaan itu.

Perlembagaan Malaysia sudah pun menjamin hak-hak setiap warganegara, tidak mengira bangsa atau agama.

Tidak perlu menjadi batu api yang menghasut orang lain untuk mencetuskan sentimen perkauman di negara ini.

Sumber: https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/11/19/hakam-supports-ratification-of-icerd-denounces-recent-threats-of-racial-unrest/

MUDA sememangnya masih kabur tentang perjuangan mereka.

Tiada hala tuju jelas dan hanya mengikut arus semasa. Pemimpinnya juga tidak berkaliber dan banyak mengeluarkan kenyataan mengarut.

Bukan itu sahaja, perjuangan menentang perbezaan perkauman juga dilihat seumpama meludah ke langit.

Jangan berani sembang soal perkauman, selagi pemimpin parti sendiri masih cuba merendah-rendahkan kaum lain.

Duduk bermesyuarat semula secara meja bulat, apakah asas perjuangan sebenar MUDA? Masih ramai belum faham.

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Dua Tun dan Dana Haram UMNO

Penyatuan 'Tidak Ikhlas' Mahathir-PAS

Isteri Daim Culas Bayar Cukai Pendapatan