Mahathir Cuba Tunggang Melayu Demi Kepentingan Sendiri
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi memainkan naratif ketuanan Melayu.
Tak jemu ke memainkan naratif sama berulang kali untuk cuba kekal relevan?
Atau mahu menutup kes berkaitan dirinya dengan isu pasal ketuanan Melayu pula?
Mahathir tak penat ke bermain naratif sama? Dia masih tak sedar bahawa orang Melayu sendiri sudah muak dengan permainan politiknya?
Bukan rakyat tidak kenal perangai sebenar Mahathir yang hanya pandai bercakap untuk memperjuangkan Melayu, walhal itu naratif kosong untuk menarik sokongan komuniti berkenaan? Orang Melayu sebenarnya sudah muak dengan kenyataan Mahathir yang sejak dari dahulu kononnya cuba memperjuangkan dasar Bumiputera.
Kebanyakan orang Melayu percaya bahawa Mahathir hanya memperkenalkan dasar tersebut bagi melindungi dan memberi layanan istimewa kepada golongan elit politik.
Dasar ekonomi Mahathir sebenarnya tidak memihak kepada golongan Melayu miskin sebaliknya untuk memperkayakan golongan elit Melayu dan mereka yang mempunyai kaitan dengan elit politik.
Antara elit politik yang mendapat manfaat daripada dasar tersebut adalah ahli keluarganya sendiri dan perkara ini diketahui umum meskipun Mahathir cuba menafikan.
Pendekatan kronisme Mahathir mengakibatkan jurang golongan Melayu miskin terus semakin jauh ketika era pemerintahannya.
Malahan, orang Melayu tidak lagi tertipu oleh kata-kata manis Mahathir. Dua peluang diberikan oleh orang Melayu kepada Mahathir tidak memberikan pulangan balik kepada golongan terbabit.
Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/10/19/dr-m-punca-perpecahan-kaum-kata-p-ramasamy/
Orang Melayu tahu Mahathir dikenali sebagai individu yang paling lantang membidas orang Melayu.
Kenyataan seperti 'Melayu malas' sebenarnya meninggalkan 'parut' kepada golongan Melayu.
Kata-kata seperti itu hanya menimbulkan kebencian dalam kalangan orang Melayu terhadap Mahathir.
Mahathir sebelum menjadi Perdana Menteri kali kedua, pernah mengeluarkan kenyataan kontroversi yang menghina graduan Melayu yang bekerja sebagai pemandu Grab dan menjual nasi lemak.
Hinakah menjual nasi lemak dan membawa Grab? Anak Melayu yang menceburi bidang e-hailing mampu menjana pendapatan lebih banyak berbanding mereka yang bekerja dalam kebanyakan sektor profesional.
Bayangkan, pekerjaan Grab yang dihina oleh Mahathir mampu diraih oleh mereka sehingga RM7,000 sebulan.
Kalau diikutkan, hendak mencapai tahap gaji seperti itu dalam bidang e-hailing, memerlukan komitmen yang tinggi serta terpaksa meredah perjalanan jauh dan berpanas terik.
Di manakah 'hina' pekerjaan tersebut? Masih 'malas' lagikah anak Melayu? Mahathir pernah mendakwa orang Melayu bersatu padu di bawah parti UMNO semasa dia menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.
Kisah karut apa yang Mahathir cuba bawa? Melayu sebenarnya mula berpecah sejak Mahathir menjadi Perdana Menteri lagi.
Mahathir lupa perpecahan orang Melayu telah bermula sejak dia mengedarkan surat layang kepada bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman selepas peristiwa rusuhan kaum 1969.
Mahathir mendakwa Tunku Abdul Rahman adalah punca kepada berlakunya peristiwa itu dan memintanya melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.
Dia turut mendakwa orang-orang kerajaan serta ahli-ahli UMNO serta PAS telah hilang kepercayaan kepada Tunku Abdul Rahman.
Namun, tindakan Mahathir itu disifatkan sebagai kurang ajar dan dia dipulau oleh ahli-ahli UMNO.
Tunku Abdul Rahman merasa sedih dengan tindakan Mahathir dan mengatakan surat layang tersebut telah memusnahkan jasa serta sumbangannya selama 17 tahun.
Surat layang itu menjadi salah satu punca Tunku Abdul Rahman melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri setahun kemudian.
SUMBER: https://thepatriots.asia/surat-terbuka-tun-dr-mahathir-kepada-tunku-abdul-rahman/
Gara-gara takut reputasinya tercemar, Mahathir cuba mencipta isu lain pula supaya rakyat boleh melupakan kesnya berkaitan Pulau Batu Puteh.
Tapi Mahathir silap cuba bermain naratif ketuanan Melayu.
Kalau dahulu, bolehlah orang percaya bulat-bulat kata-kata Mahathir. Sekarang ini, orang Melayu sudah tidak mempercayai Mahathir.
Sudah banyak kali orang Melayu 'terkena' dengan Mahathir. Mereka sudah serik dicaci, dikritik dan sebagainya oleh Mahathir.
Berhentilah main naratif sama berulang kali, Mahathir. Kalau hendak kekal relevan sekalipun, mainlah isu yang belum lapuk.
Comments
Post a Comment