Langkawi Perlu ‘Move On’ Daripada Mahathir

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan bakal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkawi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Sebelum ini, Mahathir mengatakan tidak mahu bertanding pada PRU-15 namun membuat pusingan U kali ini.

Bahkan, ramai penduduk Langkawi mengakui terkejut dengan pengumuman berkenaan kerana Mahathir sebelum itu mahu memberi laluan kepada calon muda bertanding di kawasan terbabit.

Malahan, Mahathir juga tanpa berselindung mengakui tidak menolak untuk menjadi Perdana Menteri buat kali ketiga.

Persoalan yang meniti di media sosial sejak pengumuman berkenaan adalah relevan lagikah Mahathir untuk bertanding dalam PRU-15.

Sumber: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2022/10/11/dr-mahathir-says-will-defend-langkawi-in-ge15/32950

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/10/891211/pru-15-mahathir-pertahan-parlimen-langkawi

Pada usia mencecah 97 tahun, jangka hayat Mahathir berkemungkinan tidak lama.

Penduduk Langkawi juga pastinya tidak mahu pilihan raya kerap diadakan jika mengambil kira kemungkinan Mahathir terpaksa melepaskan kerusi DUN itu atas faktor kesihatan dalam waktu terdekat.

Sudah tentu Pilihan Raya Kecil (PRK) perlu diadakan bagi memilih calon baharu dan pasti 'melecehkan' penduduk Langkawi untuk keluar mengundi sekali lagi selepas PRU.

Penduduk Langkawi perlu memandang untuk 5 tahun akan datang bagi memilih ADUN kawasan itu seterusnya.

Mahathir mungkin berjasa menjadikan Langkawi sebagai pulau bebas cukai namun faktor-faktor lain seperti kesihatannya perlu diambil kira oleh pengundi Langkawi.

Sumber: https://twitter.com/sakataring/status/1580081079670960128

Salah satu isu yang membelenggu penduduk Langkawi adalah penempatan haram Bukit Malut.

Penempatan haram yang berlaku sejak 30 tahun lalu tidak diambil peduli oleh Mahathir sebagai ADUN kawasan berkenaan.

Sebaliknya penempatan haram di Bukit Malut terus berleluasa tanpa kawalan sehingga menjejaskan kehidupan penduduk tempatan.

Hanya kenyataan media dikeluarkan oleh Mahathir tanpa sebarang tindakan susulan untuk menangani isu berkenaan.

Malahan, penduduk Langkawi juga mengatakan Bukit Malut digunakan sebagai mainan politik oleh Mahathir untuk meraih undi.

Penempatan haram itu merupakan titik hitam kepada industri pelancongan di Langkawi sejak sekian lama kerana mencacatkan pemandangan pulau bebas cukai tersebut.

Sumber: https://www.utusan.com.my/nasional/2022/03/isu-penempatan-haram-bukit-malut-sekadar-mainan-politik/

Sejak tahun lalu, isu harga di Langkawi menjadi topik hangat warganet di media sosial.

Malahan, Langkawi pernah melekat dengan jolokan Ikan Siakap gara-gara insiden tular harga siakap mencecah RM1,000 di Langkawi.

Tidak terhenti di situ, roti canai juga berharga RM4 sekeping di Langkawi.

Malahan, majoriti rakyat pada tahun ini lebih memilih untuk bercuti di Thailand berbanding di Langkawi kerana caj yang mahal dikenakan di Langkawi.

Mahathir sebagai ADUN Langkawi sepatutnya memantau atau melaksanakan pelan pelancongan untuk menarik rakyat lebih gemar melancong ke Langkawi.

Jika isu-isu seperti itu dibiarkan, rakyat Malaysia lebih berminat membelanjakan wang ke negara jiran pada masa akan datang kerana harga makanan dan perkhidmatan yang jauh lebih murah.

Sekiranya situasi itu berlarutan, pengusaha pelancongan di Langkawi pasti menerima impak buruk akibat kekurangan pelancong di pulau peranginan berkenaan.

Langkawi sememangnya memerlukan seorang ADUN baharu yang mampu menarik semula rakyat Malaysia datang melancong ke Langkawi bagi menjana ekonomi setempat.

Sumber: https://www.thereporter.my/2022/09/siapa-suruh-caj-mahal-mahal-kat.html

Sudah tiba masanya pengundi Langkawi beralih daripada Mahathir kepada calon lain.

Jasanya kepada Langkawi tapi perubahan perlu dilakukan demi memastikan Langkawi mendapat 'sentuhan' baharu.

Langkawi perlu lebih maju daripada sekarang dan menjadi gah seperti pulau peranginan Bali yang menjadi destinasi pilihan utama global.

Langkawi juga perlu capai tahap itu dan untuk ke arah tersebut, Langkawi memerlukan ADUN baharu.

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Dua Tun dan Dana Haram UMNO

Penyatuan 'Tidak Ikhlas' Mahathir-PAS

Isteri Daim Culas Bayar Cukai Pendapatan