Mahathir Cakap Tak Serupa Bikin, Ini Nilai Kekayaan Keluarga Mahathir

Selama 22 tahun menjadi PM ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumpul aset sebanyak AS$44 bilion, bersamaan AS$2 bilion setahun atau AS$5.5 juta sehari atau AS$228,310 setiap jam.

Perlu diingatkan, itu dalam nilai dolar AS ya, bukan ringgit Malaysia.

Bercanggah betul dengan apa yang pernah dikatakan sebelum ini bahawa Perdana Menteri tidak kaya dan tidak boleh ada duit banyak.

Kalau Perdana Menteri tidak boleh ada banyak duit, kenapa tak sumbangkan harta itu sahaja kepada rakyat?

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/159877/BERITA/Nasional/Perdana-Menteri-tidak-boleh-ada-duit-banyak-jadi-jutawan-Tun-M

https://thecoverage.my/top-30-richest-world-leader-list-mahathir-ranked-no-2-us44-billion/

http://www.financetwitter.com/2011/02/marcos-mubarak-mahathir-whos-the-richest-man.html

Nak tahu betapa kayanya Mahathir yang pernah berkata: "mana saya ada duit", darabkan dengan kadar tukaran wang. Ambil saja kadar tukaran sebelum PH menang PRU ke-14 sekitar RM 3.8 x 228,310= RM 867,578 sejam x 24 jam = RM 20,821,872 sehari <> RM 20.822 juta.

Kekayaan dua tokoh diktator itu adalah anggaran tahun 2011. Ertinya, kalau ikut kelajuan Dr M lebih hebat daripada Hosni Mubarak bab mengumpul aset peribadi.

Mubarak AS$5 (RM 19) juta sehari manakala Mahathir AS$5.5 (RM 20.822) juta sehari.

Jadi, Mubarak dan Mahathir sebenarnya lebih kaya daripada George Bush Sr; George Bush Jr serta Soeharto (AS$15-35 bilion 1998) yang pegang jawatan Presiden Indonesia ke-2 selama 31 tahun (1967-1998).

Malangnya, Soeharto dan Mahathir tidak pernah didakwa di mahkamah atas dakwaan salah laku, maknanya macam mana pun boleh kata "mana ada saya rasuah". Walaupun di akhir pentadbiran, Soeharto pernah berjanji akan pulangkan apa yang 'diambil dari hak milik negara'. (Baca, H E Elson, Riwayat Politik Suharto).

Tamrin Ghafar Baba pun pernah menulis mengenai kekayaan luar biasa keluarga keluarga Mahathir.

Pastinya Tamrin telah mendapat banyak info dalam dan rahsia semasa zaman Tun Ghafar Baba menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

http://therealtamringhafarbaba.blogspot.com/2020/08/the-impossible-wealth-of-mahathir-clan.html

Di serantau Asia Tenggara, mahupun seluruh dunia, amat susah untuk kita cari Perdana Menteri yang kesemua anaknya kaya-raya seperti keluarga Mahathir, sehinggakan menjadi jutawan dan billionair selain pada masa yang sama rakyat biasa hanya mampu membanting tulang mencari nafkah untuk keluarga.

Lebih jelek lagi apabila Mahathir suka menayangkan sikap anti-miskin beliau, di mana beliau sering menyatakan bahawa orang miskin seharusnya tidak boleh berasa cemburu dengan kekayaan orang lain, kerana ianya semua merupakan hasil usaha sendiri.

Adakah pandangan ini wajar dipegang oleh seorang pemimpin Melayu yang berwibawa?

Sebenarnya Mahathir ini bagai seorang kapitalis Barat ala-ala George Soros. Bencinya terhadap Soros itu benar tetapi hanya kerana Soros telah cuba menjatuhkan nilai ringgit, dan ini menyebabkan Mahathir mengalami kerugian yang besar.

Seterusnya, adakah kontrak-kontrak yang diberi kepada Mokhzani Mahathir ketika Mahathir merupakan penasihat Petronas adalah hasil daripada usaha Mokhzani sendiri? Sudah tentu tidak.

Lagipun, Mokhzani Mahathir sendiri pernah mengutuk orang miskin yang menerima bantuan BR1M suatu ketika dulu.

Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=mALtwBOl5YQ

Mahathir sering menafikan bahawa beliau tidak pernah berniat ingin mencipta legasi dalam politik tempatan. Beliau beberapa kali menyentuh tentang kekayaan anak beliau adalah hasil kerja keras dan bukannya kerana kaitan nama keluarga beliau.

Tetapi realitinya agak sukar untuk kita melupakan jumlah kekayaan terkumpul milik Mirzan, Mokhzani dan Marina yang melebihi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) beberapa buah negara membangun lain.

Sebagai contoh, pada 1994, Kerajaan Negeri Sarawak telah memberi kebenaran untuk menebang lebih 1,000 hektar balak kepada syarikat Tanjung Tiara Sdn Bhd. Mukhriz Mahathir bukan sahaja pemegang saham tetapi adalah Pengerusi kepada syarikat ini.

Sumber: https://www.sarawakreport.org/2019/08/j-c-fong-claims-sarawak-report-shielded-mukriz-mahathir-in-astonishing-slur-against-pms-family-exclusive/

https://www.malaysiakini.com/news/488229

Apa yang dilakukan oleh Tanjuang Tiara atau Mukhriz hingga mendapat rezeki jatuh dari langit sebegitu rupa? Pada tahun 1994, Perdana Menteri Malaysia adalah Mahathir

Pada tahun 2018 apabila Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan Malaysia, Mukhriz telah dilantik menjadi Menteri Besar Kedah. Sekali lagi keluarga ini mendapat kesempatan untuk meraih lebih kekayaan menerusi pelbagai skim dan cara.

Ini adalah bukti Mukhriz telah menjual sebidang tanah negeri Kedah seluas 320 hektar tanah kepada satu syarikat China.

Sumber: https://thekl-chronicle.blogspot.com/2020/05/scary-news-did-mukhriz-mahathir-sold.html

https://www.malaysiakini.com/letters/509478

Mahathir sering menempelak pengkritik dengan mengatakan bahawa kejayaan anak-anak beliau adalah kerana kerja keras mereka sendiri dan tiada kena mengena dengan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri selama dua dekad. Beliau juga menegaskan bahawa anaknya tidak kaya semasa beliau berkuasa.

Jika kenyataan ini benar, ini bermaksud keluarga Mahathir pastinya telah 'bekerja lebih keras' kerana jumlah kekayaan Marina, Mirzan, Mukhriz dan Mokhzani mudah mengatasi sekurang-kurangnya 120 KDNK negara lain.

Untuk lebih spesifik, rujuk saja gambar di bawah ini. Tengoklah sendiri betapa banyak harta atau kekayaan yang dimiliki oleh keluarga mereka. Tujuh keturunan pun tak habis makan.

Sumber: https://thecoverage.my/the-infinite-wealth-of-the-mahathir-clan-mokhzani-mirzan-mukhriz-marina-owns-591-companies-in-malaysia-worth-usd-60-billion-rm-250-billion/

Mahathir sekali lagi berbohong dengan mengatakan Perdana Menteri tidak boleh memiliki wang yang banyak atau tidak boleh menjadi jutawan.

Jika diberi peluang dan masa, sudah tentu Tun Mahathir akan fokus dalam membuka lagi ruangan yang lebih besar untuk keluarganya mengaut lebih banyak lagi kekayaan.

Sudah terang lagi bersuluh, anak-anak Mahathir memang kesemuanya kaya raya dan mempunyai kehidupan yang amat mewah.

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Dua Tun dan Dana Haram UMNO

Penyatuan 'Tidak Ikhlas' Mahathir-PAS

Isteri Daim Culas Bayar Cukai Pendapatan