MUDA Kuku Besi, Contohi Perangai Mahathir

Kecoh sejak beberapa hari ini tentang kepimpinan parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang dikatakan tidak membenarkan ahli-ahlinya untuk menyuarakan sebarang pendapat atau melontarkan kritikan.

Dakwa beberapa individu yang juga bekas anggota parti itu, mereka boleh dikenakan tindakan seperti dibuang daripada parti jika bersikap lantang.

Baru dua tahun menjadi parti, tampuk kepimpinan MUDA sudah tunjuk belang. Situasi itu jelas menunjukkan krisis dalaman parti tersebut.

Apa sebenarnya yang cuba dicapai oleh parti MUDA dalam politik? Selain daripada menang 1 kerusi DUN pada PRN Johor, tiada apa yang dikecapi oleh MUDA.

Sumber: https://twitter.com/lcsmxms/status/1574367082212302848

Bekas Pengarah Biro Pemerkasaan Wanita MUDA Selangor, Farah Mahmud mendakwa pengerusi cawangan MUDA Selangor menunjukkan gaya kuku besi sekiranya mendapati mana-mana ahli bercakap lantang.

Pengerusi tersebut adalah bekas anggota Bersatu iaitu Al-Hafiz Ikhawan Mohamad Assad. Farah juga mendedahkan bukti bagaimana liciknya dia untuk menendang ahli parti yang mengkritik mereka.

Farah juga mendakwa bekas Ketua Penerangan MUDA Selangor yang dikenali sebagai Allen, terlibat dalam kes gangguan seksual dalam parti berkenaan.

Farah juga mendakwa dia adalah salah seorang mangsa Allen. 'Hebat' ahli-ahli MUDA. Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bukan main lagi berlagak hero, kritik parti lain tapi parti sendiri pun 'jahanam'.

Sumber: https://twitter.com/frh_mahmud/status/1574436654324281344

Parti MUDA dan kontroversi mana boleh dipisahkan. Awal tahun ini, kecoh ahli-ahli MUDA seronok meneguk arak dan menayangkan perbuatan mereka di media sosial.

Syed Saddiq tanpa rasa segan silu mengatakan perbuatan itu tidak salah memandangkan MUDA terdiri daripada pelbagai bangsa.

Tidakkah Syed Saddiq sedar bahawa masyarakat Malaysia adalah majoritinya beragama Islam?

Hukum minum arak itu juga merupakan salah satu daripada dosa-dosa besar! Dengan adanya pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, tidak mustahil bahawa air kencing syaitan ini juga akan membawa kepada pergaulan luar batasan.

Tanpa adanya satu tunjang budaya yang berorientasikan budaya Timur dan Islam, lama-lama kelamaan akan luntur akidah anak-anak kita. Bak kata pepatah, meluntur buluh biarlah dari rebungnya.

Nampak gaya kalau rebung itu sendiri telah dimandikan air kencing syaitan, bagaimana agaknya raut wajah negara kita dengan adanya mereka ini memegang tampuk pemerintahan negara?

Sumber: https://www.malaysianow.com/my/news/2022/01/05/apa-salahnya-ahli-minum-arak-kata-syed-saddiq

Konflik dalaman MUDA ini kena berbalik kepada siapa pemimpinnya iaitu Syed Saddiq.

Syed Saddiq sendiri pun terpalit pelbagai kontroversi terutamanya kes penyelewengan dan pengubahan wang haram yang masih dibicarakan di mahkamah.

Kalau nakhoda kapal pun tidak mampu mengemudi kapal dengan baik, maka karamlah kapal itu bersama anak-anak kapalnya.

Agaknya Syed Saddiq sendiri cuba menerapkan gaya kepimpinan berteraskan kuku besi seperti dilakukan oleh mentornya iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Siapa yang tidak mengenali gaya kepimpinan kuku besi Mahathir? Siapa yang cuba menentangnya, padahlah akibatnya.

Tengok sahaja apa yang berlaku kepada Anwar Ibrahim dan Najib Razak.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/402894

Parti yang kononnya cuba merevolusikan sistem pentadbiran negara hanyalah sebuah parti yang bermasalah.

Itu baru sedikit pendedahan yang dibongkar oleh bekas anggota parti itu, entah-entah lagi banyak 'tahi' yang disembunyikan oleh parti itu.

Syed Saddiq sendiri tidak perlu terlalu beria untuk mengkritik parti lain. Tengok dahulu parti sendiri, baru bersembang tentang parti lain.

Syed Saddiq kena faham bahawa MUDA tiada apa-apa untuk ditunjukkan kepada rakyat ketika ini.

Lebih banyak keburukan yang ditonjolkan berbanding kebaikan oleh parti itu. Kini, media sosial adalah segala-galanya. Rakyat bukan seperti dahulu, maklumat bukan boleh disorok seperti dahulu.

Fikir-fikirlah Syed Saddiq dan MUDA. Kalau rasa tidak mampu untuk memberi manfaat kepada rakyat, eloklah bubarkan sahaja parti.

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Dua Tun dan Dana Haram UMNO

Penyatuan 'Tidak Ikhlas' Mahathir-PAS

Isteri Daim Culas Bayar Cukai Pendapatan