Teori Di Sebalik Syed Saddiq ‘U-Turn’ Sertai PH

Kehadiran Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) pada 28 November lalu, menguatkan khabar angin bahawa parti berkenaan sudah diterima masuk dalam gabungan berkenaan.

MUDA menghantar permohonan rasmi untuk menyertai PH pada 10 September lalu.

Namun tiada sebarang keputusan dibuat oleh badan kepimpinan tertinggi PH sehingga ke hari ini.

MUDA bertanding enam kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu di bawah payung PH dan hanya mampu meraih 1 kerusi sahaja iaitu di Muar.

Syed Saddiq sebelum ini keluar daripada PH dan membentuk MUDA sejurus Langkah Sheraton berlaku.

Mengapa Syed Saddiq mahu kembali kepada PH semula selepas beberapa tahun?

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/11/1032685/muda-diterima-sertai-ph

MUDA dibentuk sekitar September 2020 tetapi masih belum mendapat sebarang bentuk sokongan yang meluas daripada segenap rakyat.

Penduduk luar bandar khususnya masih belum dapat menerima ideologi dan perjuangan yang dibawa oleh MUDA.

Atas dasar itu, MUDA memerlukan 'tulang belakang' yang kuat seperti PH untuk menyokong perjuangan parti mereka ke hadapan.

Kita boleh melihat PH banyak memberikan kerusinya kepada MUDA dalam PRU-15 dan PRN Johor selain faktor kewangan juga menjadi asbab kepada 'pusingan-U' parti terbabit.

Tanpa sokongan yang kuat daripada gabungan berbentuk 'veteran' seperti PH, MUDA berkemungkinan besar sukar untuk bergerak ke hadapan.

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-politik/pru15-muda-umum-calon-akhir-di-kerusi-parlimen-masjid-tanah-389269

Buat masa ini, tidak ramai mengetahui siapa pemimpin MUDA yang dikenali selain Syed Saddiq.

Kehadiran Lim Wei Jiet sebagai calon Tanjung Piai dalam PRU-15 pada November lalu, baru merancakkan popularitinya.

Sebelum itu, Syed Saddiq membawa nama MUDA 'sendirian' tetapi pemimpin muda berkenaan terbabit dalam empat salah laku wang dan diarahkan membela diri tahun depan.

Syed Saddiq yang begitu agresif bersama-sama ahli MUDA menentang rasuah dan sebarang salah laku ahli politik lain sebelum ini, tiba-tiba terpalit dengan skandal sedemikian.

Situasi itu sekali gus mencemarkan nama baik parti berkenaan meskipun Syed Saddiq memenangi kerusi Muar buat kali kedua pada PRU-15.

Jika Syed Saddiq benar-benar disabitkan kesalahan dan dikenakan hukuman, MUDA terpaksa bergantung kepada PH untuk merencana semula perjalanan parti berkenaan pada masa depan sepanjang 'ketiadaan' ahli Parlimen Muar itu.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/10/1017507/pecah-amanah-rm1j-syed-saddiq-diarah-bela-diri

MUDA tidak menunjukkan aspirasi jangka panjangnya serta rakyat gagal memahami bentuk perjuangan yang mahu dibawa.

Ada satu ketika, MUDA menentang si polan yang mengambil rasuh. Ada satu ketika, MUDA menyokong si polan yang terpalit isu salah guna wang.

Pendek kata, MUDA tidak berpaksikan kepada asas perjuangan mereka yang sebenar.

Mereka menentang kerana tidak sukakan si polan tersebut. Tindakan itu hanya merugikan MUDA yang pada dasarnya dibentuk untuk melakukan revolusi dalam pentadbiran negara.

Disebabkan itu, rakyat hanya melihat MUDA sebagai sebuah lagi parti yang sama seperti parti-parti lain di negara ini.

Atas faktor berkenaan, MUDA bergabung dengan PH untuk menguatkan kembali suara mereka di arena politik Malaysia.

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-politik/parti-muda-ujikaji-politik-atau-klon-pkr-20-346614

MUDA seharusnya bergerak secara solo sekiranya mahu membawa suara mereka kepada rakyat.

Gabungan bersama PH hanya akan membantutkan usaha mereka untuk memperjuangkan ideologi sendiri.

Tambahan pula, MUDA sukar membawa pembaharuan yang diinginkan dalam senario politik negara jika bergabung dengan mana-mana pihak sekali pun.

Situasi ini membuktikan MUDA masih tidak mampu berdiri solo dan memerlukan sokongan parti-parti besar untuk 'survive'.

Apakah suara MUDA akan kuat didengari selepas ini? Sama-sama kita nantikan.

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Dua Tun dan Dana Haram UMNO

Penyatuan 'Tidak Ikhlas' Mahathir-PAS

Isteri Daim Culas Bayar Cukai Pendapatan