Kenapa Kes Penyokong Tun M Masih Tidak Disiasat?
Video tular tahun lepas yang membabitkan seorang pengawal keselamatan teruk dibelasah dengan meja kerana tidak membenarkan penduduk menggunakan kolam renang disebabkan SOP PKP kembali menjadi tajuk utama apabila dilaporkan di media massa bahawa pengawal keselamatan tersebut telah meninggal dunia semalam. Pihak polis telah pun membuka semula siasatan terhadap insiden itu berdasarkan penemuan bukti yang baru. Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2021/08/28/police-reopen-probe-into-condo-pool-assault-after-guard-dies/ Dalam video tersebut, jelas keganasan yang ditimpa pengawal keselamatan itu yang langsung tidak berasas, malah beliau hanya menjalankan tugasnya. Malangnya, pada 27 Ogos beliau telah menghembuskan nafas terakhirnya. Laporan bedah siasat menyatakan jangkitan paru-paru sebagai sebab kematian, namun keluarga beliau meragui kesimpulan itu dan kini siasatan turut dibuka semula. Para rakyat mesti sangat ingin tahu siapakah si bebal yang memukul pengawal kese...