Kenapa Kes Penyokong Tun M Masih Tidak Disiasat?


Video tular tahun lepas yang membabitkan seorang pengawal keselamatan teruk dibelasah dengan meja kerana tidak membenarkan penduduk menggunakan kolam renang disebabkan SOP PKP kembali menjadi tajuk utama apabila dilaporkan di media massa bahawa pengawal keselamatan tersebut telah meninggal dunia semalam. Pihak polis telah pun membuka semula siasatan terhadap insiden itu berdasarkan penemuan bukti yang baru.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2021/08/28/police-reopen-probe-into-condo-pool-assault-after-guard-dies/

Dalam video tersebut, jelas keganasan yang ditimpa pengawal keselamatan itu yang langsung tidak berasas, malah beliau hanya menjalankan tugasnya. Malangnya, pada 27 Ogos beliau telah menghembuskan nafas terakhirnya. Laporan bedah siasat menyatakan jangkitan paru-paru sebagai sebab kematian, namun keluarga beliau meragui kesimpulan itu dan kini siasatan turut dibuka semula. Para rakyat mesti sangat ingin tahu siapakah si bebal yang memukul pengawal keselamatan itu?


Mengikut sumber dari media sosial, pesalah yang terbabit merupakan seorang ahli politik. Namanya Ahmad Noor Azhar bin Muhammad dan dia merupakan Ketua Armada Bersatu Bahagian Kota Bharu. Agak mengecewakan dan menjijikkan apabila adanya “pemimpin” seperti ini. Jadi sesuai lah apabila Ahmad Noor Azhar ini digambar dengan seorang diktator yang tidak berhati perut dan anti-miskin, dan seorang macai yang hanya pandai berlakon. Mereka kedua-dua ini masing-masing terkenal dengan kezaliman dan korupsi.

Sumber: https://twitter.com/naratifrakyat/status/1431968302595600385?s=24

Jika kita imbas kembali kegagalan Tun Dr Mahathir, skandal forex pada awal tahun 90-an yang menyebabkan kerugian bernilai antara RM16 bilion hingga RM31 bilion. Kemudiannya Tun Dr Mahathir menyalahkan George Soros dan akibatnya Soros pula menjadi punca utama Krisis Kewangan Asia 1997 di mana nilai ringgit jatuh menjunam. Dengan ini kita boleh lihat corak Tun Dr. Mahathir dalam mengagihkan segala kegagalan dan kesalahannya kepada individu-individu lain yang secara tidak langsung mendatangkan kemudaratan untuk kita semua akibat kecuaian semasa melaksanakan tanggungjawab memimpin negara.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2019/07/16/a-reminder-on-what-kit-siang-said-about-mahathir-era-scandals/

Legasi yang ditinggalkan Tun Dr. Mahathir mungkin mempunyai banyak kejayaan dan kegemilangan zaman pentadbirannya, akan tetapi terdapat juga detik-detik pahit yang sebenarnya memberi kesan buruk yang berkekalan sehingga hari ini.

Tun Dr Mahathir juga sering menyerang kedaulatan Raja-Raja Melayu dan menyindir bangsa sendiri. Adakah beliau betul-betul memperjuangkan hak istimewa dan membela orang Melayu? Cuba fikirkan macam mana sindiran ‘mudah lupa’ dan ‘malas’ boleh membawa sebarang inspirasi kepada orang Melayu? Tiada siapa yang lebih zalim daripada pemimpin Melayu yang menindas dan mengancam kedudukan bangsa sendiri.

Sumber: https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/26922

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/471603

Nampaknya inilah kaliber pemimpin yang Tun Dr. Mahathir cuba angkat semasa di Bersatu, dan tidak jauh dari dirinya yang bertindak kejam apabila tidak mendapat kehendaknya. Malah, Ahmad Noor Azhar membelasah pengawal itu kerana tidak dibenarkan untuk melanggar SOP PKP! Apa masalah ahli politik yang suka bermaharajalela ini, terutamanya puak-puak penyokong Mahathir dan Syed Saddiq? Dah lah tak berhati perut, nak melanggar undang-undang pula!

Kematian pengawal keselamatan ini bukan sahaja boleh dielakkan, malah keluarga beliau kini menghadapi dugaan yang pahit sekali. Diharapkan pihak polis akan menjalankan siasatan lanjut secara lebih terperinci dan memastikan Ahmad Noor Azhar dijatuhkan hukuman yang berat dan setimpal. Si bebal ini, dan mereka yang mengangkatnya tidak wajar diberi peluang untuk memegang tampuk kuasa demi kesejahteraan dan keamanan rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Dua Tun dan Dana Haram UMNO

Penyatuan 'Tidak Ikhlas' Mahathir-PAS

Isteri Daim Culas Bayar Cukai Pendapatan