Posts

Showing posts from September, 2024

Daim Gelisah Rahsia Terbongkar

Image
Isteri kepada bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin iaitu Toh Puan Na'imah Khalid baru-baru ini membuat laporan polis selepas mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terlibat konspirasi dalam penyalahgunaan kuasa serta siasatan terhadap suaminya. Na'imah mendakwa wujud campur tangan politik dalam siasatan berkenaan. Mengikut pertuduhan, Daim gagal mematuhi notis SPRM berhubung pengisytiharan 70 aset hartanya. Daim didakwa dengan sengaja memberikan satu pernyataan bertulis dengan bersumpah tidak mematuhi terma notis bertarikh 8 November 2023 yang dihantar kepada beliau oleh pegawai SPRM berpangkat Pesuruhjaya pada 14 November 2023 iaitu dengan tidak mengisytiharkan harta. Harta itu membabitkan aset antaranya satu akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASB), tujuh kenderaan seperti Jaguar, 38 syarikat dan 25 hartanah serta tanah di ibu negara, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Pahang dan Kedah. SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/720941 Mengapa Daim takut