Posts

Showing posts from December, 2024

Mahathir Cuba Tunggang Melayu Demi Kepentingan Sendiri

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi memainkan naratif ketuanan Melayu. Tak jemu ke memainkan naratif sama berulang kali untuk cuba kekal relevan? Atau mahu menutup kes berkaitan dirinya dengan isu pasal ketuanan Melayu pula? Mahathir tak penat ke bermain naratif sama? Dia masih tak sedar bahawa orang Melayu sendiri sudah muak dengan permainan politiknya? Bukan rakyat tidak kenal perangai sebenar Mahathir yang hanya pandai bercakap untuk memperjuangkan Melayu, walhal itu naratif kosong untuk menarik sokongan komuniti berkenaan? Orang Melayu sebenarnya sudah muak dengan kenyataan Mahathir yang sejak dari dahulu kononnya cuba memperjuangkan dasar Bumiputera. Kebanyakan orang Melayu percaya bahawa Mahathir hanya memperkenalkan dasar tersebut bagi melindungi dan memberi layanan istimewa kepada golongan elit politik. Dasar ekonomi Mahathir sebenarnya tidak memihak kepada golongan Melayu miskin sebaliknya untuk memperkayakan golongan elit Melayu dan mereka yang mempunya...