Posts

Showing posts from March, 2026

Papagomo Penyebar Hasutan Dan Fitnah

Image
Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo sering muncul di media sosial sebagai 'aktivis politik' yang kononnya membela 'perjuangan' Melayu dan Islam serta menjadi pengkritik Kerajaan Madani. Dia mendakwa dirinya sebagai pejuang kebenaran namun hakikat sebenarnya Papagomo adalah penghasut, penyebar fitnah dan kuat menghina institusi negara. Papagomo bukanlah wira rakyat, sebaliknya individu yang berisiko menjadi ancaman kepada keharmonian sosial, kedaulatan undang-undang serta maruah Malaysia. Dia tidak pernah serik meskipun berkali-kali ditahan, didakwa dan dikenakan hukuman. Papagomo terus menggunakan platform media sosialnya untuk menyebarkan kebencian, fitnah dan hasutan sambil mendakwa memperjuangkan Islam namun ironinya, sangat memalukan. Pada 6 September 2012, Papagomo secara rasmi dibuang daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas disabitkan kesalahan jenayah. Dia pernah bertugas sebagai konstabel di Balai Polis Ampang Jaya da...