Posts

Showing posts from September, 2022

MUDA Kuku Besi, Contohi Perangai Mahathir

Image
Kecoh sejak beberapa hari ini tentang kepimpinan parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang dikatakan tidak membenarkan ahli-ahlinya untuk menyuarakan sebarang pendapat atau melontarkan kritikan. Dakwa beberapa individu yang juga bekas anggota parti itu, mereka boleh dikenakan tindakan seperti dibuang daripada parti jika bersikap lantang. Baru dua tahun menjadi parti, tampuk kepimpinan MUDA sudah tunjuk belang. Situasi itu jelas menunjukkan krisis dalaman parti tersebut. Apa sebenarnya yang cuba dicapai oleh parti MUDA dalam politik? Selain daripada menang 1 kerusi DUN pada PRN Johor, tiada apa yang dikecapi oleh MUDA. Sumber: https://twitter.com/lcsmxms/status/1574367082212302848 Bekas Pengarah Biro Pemerkasaan Wanita MUDA Selangor, Farah Mahmud mendakwa pengerusi cawangan MUDA Selangor menunjukkan gaya kuku besi sekiranya mendapati mana-mana ahli bercakap lantang. Pengerusi tersebut adalah bekas anggota Bersatu iaitu Al-Hafiz Ikhawan Mohamad Assad. Farah juga mendedahkan bukti bag...

Mahathir Kawal Badan Kehakiman

Image
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad seperti semua sedia maklum, beliau adalah seorang kuku besi. Rejim pentadbirannya mengamalkan prinsip 'kau cari masalah dengan aku, kau kena tindakan' Bahkan, Mahathir masih terperangkap dalam dunianya sendiri. Beliau masih menganggap Malaysia ini dalam genggamannya. Apa jua tidak kena, beliaulah yang lantang bersuara meskipun rakyat tahu betapa teruknya beliau sebagai Perdana Menteri. Segala urusan pentadbiran negara, Mahathir cuba campur tangan. Sudah letak jawatan sebagai Perdana Menteri sekalipun, namun masih mahu campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran. Seolah-olah orang lain tidak mampu menandingi apa yang beliau lakukan sepanjang menjadi Perdana Menteri. Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/402894 Ketika menjadi Perdana Menteri, habis semua mahu dirombaknya. Bahkan sistem kehakiman negara juga dirombak oleh Mahathir. Gara-gara tidak berpuas hati dengan penghakiman Mahkamah Tinggi pada 1980-an, Mahathir yang ketika i...