Langkawi Perlu ‘Move On’ Daripada Mahathir
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan bakal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkawi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Sebelum ini, Mahathir mengatakan tidak mahu bertanding pada PRU-15 namun membuat pusingan U kali ini. Bahkan, ramai penduduk Langkawi mengakui terkejut dengan pengumuman berkenaan kerana Mahathir sebelum itu mahu memberi laluan kepada calon muda bertanding di kawasan terbabit. Malahan, Mahathir juga tanpa berselindung mengakui tidak menolak untuk menjadi Perdana Menteri buat kali ketiga. Persoalan yang meniti di media sosial sejak pengumuman berkenaan adalah relevan lagikah Mahathir untuk bertanding dalam PRU-15. Sumber: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2022/10/11/dr-mahathir-says-will-defend-langkawi-in-ge15/32950 https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/10/891211/pru-15-mahathir-pertahan-parlimen-langkawi Pada usia mencecah 97 tahun, jangka hayat Mahathir berkemungkinan tidak lama. Penduduk Langkawi juga pastinya t...