Apa Yang Rakyat Malaysia Dapat Dari Keluarga Billionair Atok?

Kalau bercerita mengenai situasi pandemic covid19 dua tahun lepas ni, ramai rakyat Malaysia yang tertekan dengan pelbagai masalah dari kehilangan pekerjaan, kos kehidupan yang meningkat dan situasi ekonomi yang merudum. Bagi ramai keluarga miskin di luar sana situasinya begitu teruk sehingga hendak menyediakan makanan biasa untuk anak-anak pun sudah menjadi suatu cabaran dan masalah.

Namun ada juga keluarga khas yang mungkin telah berkerja keras atau bernasib baik yang memiliki kekayaan yang sangat luar biasa. Kita semua sedia maklum bahawa Tun Dr Mahathir adalah Bapa Kleptokrasi Malaysia. Terdapat pelbagai sumber yang boleh dirujuk mengenai salah laku di bawah pemerintahannya.

Sumber: https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2015/05/10/tun-m-lakukan-bailout

http://ikanlepu.blogspot.com/2012/04/salahlaku-di-zaman-dr-mahathir.html

https://www.youtube.com/watch?v=u3rIllmj84g&feature=youtu.be

https://www.malaysia-today.net/2011/08/30/exxonmobil-scandal-starring-mirzan-mahathir/

Di serantau Asia Tenggara, mahupun seluruh dunia, amat susah untuk kita cari Perdana Menteri yang kesemua anaknya kaya-raya seperti keluarga Tun Dr Mahathir – sehinggakan menjadi jutawan dan billionair – dan pada masa yang sama rakyat biasa hanya mampu membanting tulang mencari nafkah untuk keluarga.
Lebih jelek lagi apabila Tun Dr Mahathir memang terkenal dengan sikap anti-miskin beliau, di mana beliau sering menyatakan bahawa orang miskin seharusnya tidak boleh berasa cemburu dengan kekayaan orang lain, kerana ianya semua merupakan hasil usaha sendiri. Betul ke?

Adakah kontrak-kontrak yang diberi kepada Mokhzani Mahathir ketika Tun Dr Mahathir merupakan penasihat Petronas adalah hasil daripada usaha Mokhzani sendiri? Sudah tentu tidak.
Mokhzani Mahathir sendiri pernah mengutuk orang miskin yang menerima bantuan BR1M suatu ketika dulu. Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=mALtwBOl5YQ

Jika diberi peluang dan masa, sudah tentu Tun Mahathir akan fokus dalam membuka lagi ruangan yang lebih besar untuk keluarganya mengaut lebih banyak lagi kekayaan. Mungkin beliau juga inginkan masa yang lebih untuk selamatkan keluarga beliau, yang sudah tentu sedang menghadapi risiko rule of law yang sering dicanang oleh Tun sendiri.

Sudah terang lagi bersuluh, anak anak Tun memang kesemuanya kaya raya dan mempunyai kehidupan yang amat mewah. Kami rakyat biasa hanya mampu untuk melihat sahaja – sambi runsing memikirkan tentang perbelanjaan keluarga pada hujung bulan yang belum tentu lagi mampu ditampung kerana bapa kita bukanlah Tun Dr Mahathir.

Apa yang rakyat Malaysia dapat? Ada ke keluarga kaya ini menolong rakyat Kedah atau Langkawi?

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Dua Tun dan Dana Haram UMNO

Penyatuan 'Tidak Ikhlas' Mahathir-PAS

Isteri Daim Culas Bayar Cukai Pendapatan