Mahathir Penggadai Kedaulatan Negara


Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini mengeluarkan kenyataan mengecam orang Eropah.

Dia menganggap orang Eropah adalah perintis hak asasi manusia sebelum ini.

Mahathir menyifatkan mereka sebagai hipokrit dan hilang rasa hormat kepada orang Eropah.

Namun, ada seorang individu pada 2019 cuba untuk memaksa Malaysia meratifikasikan Statut Rom yang dilaksanakan oleh orang Eropah.

Tindakan individu itu telah menyebabkan berlaku tunjuk perasaan dan pertikaian oleh pelbagai pihak tentang kedaulatan negara ini.

Individu tersebut adalah Mahathir sendiri.

SUMBER: https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1723699


Adakah Mahathir sedar ketika itu bahawa kedaulatan negara akan terjejas sekiranya Malaysia meratifikasi Statut Rom?

Statut Rom akan memberi kuasa kepada pihak luar untuk mengadili pemimpin atau rakyat Malaysia.

Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) berpotensi mengganggu urusan dalaman dan membolehkan pihak luar campur tangan dalam isu negara.

Mahathir seolah-olah mahu pemimpin tertinggi negara seperti Yang di-Pertuan Agong dan menjadi sasaran ICC jika negara dituduh gagal menangani isu seperti pelanggaran hak asasi manusia.

Malaysia mempunyai sistem raja berperlembagaan dan Statut Rom boleh menyebabkan konflik perundangan serta ketidakstabilan politik.

SUMBER: https://bebasnews.my/2019/04/06/fahami-apa-statut-rom-sebenarnya-bermaksud-tmj/


Bukankah kita sebuah negara yang berdaulat? Apakah keperluan Malaysia untuk meratifikasikan perjanjian sebegini?

Bangsa Melayu tidak pernah dan sesekali tunduk kepada pihak luar.

Justeru, mengapa Mahathir dan rejimnya begitu ghairah sekali dalam menandatangani perjanjian tersebut ketika itu?

Tindakan terburu-buru oleh Mahathir ketika itu untuk meratifikasi tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja sangat membimbangkan rakyat, terutamanya kaum Melayu.

Antara yang lantang bersuara tentang bahayanya Statut Rom pada masa itu adalah Pemangku Sultan Johor ketika ini iaitu Tunku Mahkota Ismail.

Baginda sendiri yang menegaskan rakyat Malaysia seharusnya menghormati Perlembagaan sedia ada, khususnya ahli politik.

SUMBER: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/04/442910/hormati-perlembagaan-negara-tmj


Mahathir juga hampir-hampir meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD) pada 2018.

Meskipun Malaysia merupakan negara berbilang bangsa dan fahaman, ratifikasi ICERD bakal mencetuskan impak buruk yang besar.

Sudah tentu ICERD akan membuka ruang kepada pihak lain untuk mencabar Perkara 153 dalam Perlembagaan Malaysia, mencabar kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan peruntukan keistimewaan terhadap orang Bumiputera di negara ini serta mencabar kedudukan Majlis Raja-Raja.

Perlembagaan Persekutuan telah menjamin hak-hak setiap warganegara, tidak mengira bangsa atau agama.

Mahathir turut membuat tindakan ini tanpa melalui Majlis Raja-Raja yang berperanan penting dalam Perlembagaan Persekutuan.

SUMBER: https://www.sinarharian.com.my/article/839/berita/nasional/tiga-sebab-icerd-tidak-sesuai-di-malaysia


Sekarang barulah Mahathir tersedar bahawa orang Eropah sebenarnya hipokrit dan hanya mementingkan kepentingan mereka sahaja.

Sebelum ini, Mahathir ghairah mahu menjual kedaulatan negara kepada mereka.

Mahathir memang tidak layak menjadi pemimpin negara untuk Malaysia. Habis semua kedaulatan negara mahu digadai.

Silap-silap Malaysia tiada hak ke atas negara sendiri kerana telah 'dipegang' oleh kuasa asing.

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Dua Tun dan Dana Haram UMNO

Penyatuan 'Tidak Ikhlas' Mahathir-PAS

Isteri Daim Culas Bayar Cukai Pendapatan