Mahathir 'Jahanamkan' Sabah

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini mendakwa ada pihak cuba memberi kerakyatan kepada tujuh pemain warisan bola sepak negara secara tidak sah. Dia mendakwa tiada pemeriksaan dan proses yang sepatutnya dibuat dalam masa singkat. Mahathir mengatakan dia rasa malu dengan situasi berkenaan dan tidak sepatutnya berlaku. Namun, kalau difikirkan semula, bukankah Mahathir pernah terlibat dalam projek rahsia berhubung isu kerakyatan di Sabah suatu masa dulu? Adakah Mahathir lupa tentang peristiwa itu? Mahu diingatkan semula? SUMBER: https://x.com/mulhiddin1/status/1948673454619697269 Projek IC merujuk kepada program rahsia yang melibatkan pemberian dokumen pengenalan diri kepada pendatang tanap izin di Sabah pada 1980-an. Tujuan projek IC adalah menumbangkan Parti Bersatu Sabah (PBS). Kad pengenalan dan sijil lahir dikeluarkan kepada pendatang dari Filipina, Indonesia dan Pakistan. Mereka kemudiannya diarahkan untuk mengundi parti selain PBS khususnya UMNO. UMNO ketika...