Posts

Langkawi Perlu ‘Move On’ Daripada Mahathir

Image
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan bakal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkawi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Sebelum ini, Mahathir mengatakan tidak mahu bertanding pada PRU-15 namun membuat pusingan U kali ini. Bahkan, ramai penduduk Langkawi mengakui terkejut dengan pengumuman berkenaan kerana Mahathir sebelum itu mahu memberi laluan kepada calon muda bertanding di kawasan terbabit. Malahan, Mahathir juga tanpa berselindung mengakui tidak menolak untuk menjadi Perdana Menteri buat kali ketiga. Persoalan yang meniti di media sosial sejak pengumuman berkenaan adalah relevan lagikah Mahathir untuk bertanding dalam PRU-15. Sumber: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2022/10/11/dr-mahathir-says-will-defend-langkawi-in-ge15/32950 https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/10/891211/pru-15-mahathir-pertahan-parlimen-langkawi Pada usia mencecah 97 tahun, jangka hayat Mahathir berkemungkinan tidak lama. Penduduk Langkawi juga pastinya t...

Berhati-Hati Dengan Agenda Liberal Parti Muda

Image
Datuk Ambiga Sreenavasan bukanlah suatu nama yang asing di Malaysia. Beliau merupakan seorang peguam dan mantan presiden Malaysian Bar. Beliau juga pernah menjadi bekas pengerusi badan bukan kerajaan, BERSIH , yang seringkali mendesak rakyat untuk berprotes menentang kerajaan. Beliau juga dilihat merupakan salah seorang penyokong kuat parti MUDA ketika PRN Johor Mac lalu. Tetapi tahukah anda, bahawa Ambiga ini sebenarnya mendokong nilai-nilai yang bertentangan dengan norma masyarakat Timur? Ini boleh dilihat dalam sokongan Ambiga kepada tuntutan Coalition of Malaysian NGOs (COMANGO) dalam Penilaian Berkala Sejagat (UPR) oleh Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHCR) di Geneva, Switzerland. Sumber: https://utaranews12.wordpress.com/2013/11/11/ambiga-penasihat-comangomarina-mahathir-nafi-terlibat/ Sebagai salah seorang daripada dalang desakan ini, COMANGO telah mendesak agar kerajaan Malaysia menghormati hak kebebasan beragama dan mengikiraf hak-hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (...

MUDA Kuku Besi, Contohi Perangai Mahathir

Image
Kecoh sejak beberapa hari ini tentang kepimpinan parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang dikatakan tidak membenarkan ahli-ahlinya untuk menyuarakan sebarang pendapat atau melontarkan kritikan. Dakwa beberapa individu yang juga bekas anggota parti itu, mereka boleh dikenakan tindakan seperti dibuang daripada parti jika bersikap lantang. Baru dua tahun menjadi parti, tampuk kepimpinan MUDA sudah tunjuk belang. Situasi itu jelas menunjukkan krisis dalaman parti tersebut. Apa sebenarnya yang cuba dicapai oleh parti MUDA dalam politik? Selain daripada menang 1 kerusi DUN pada PRN Johor, tiada apa yang dikecapi oleh MUDA. Sumber: https://twitter.com/lcsmxms/status/1574367082212302848 Bekas Pengarah Biro Pemerkasaan Wanita MUDA Selangor, Farah Mahmud mendakwa pengerusi cawangan MUDA Selangor menunjukkan gaya kuku besi sekiranya mendapati mana-mana ahli bercakap lantang. Pengerusi tersebut adalah bekas anggota Bersatu iaitu Al-Hafiz Ikhawan Mohamad Assad. Farah juga mendedahkan bukti bag...

Mahathir Kawal Badan Kehakiman

Image
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad seperti semua sedia maklum, beliau adalah seorang kuku besi. Rejim pentadbirannya mengamalkan prinsip 'kau cari masalah dengan aku, kau kena tindakan' Bahkan, Mahathir masih terperangkap dalam dunianya sendiri. Beliau masih menganggap Malaysia ini dalam genggamannya. Apa jua tidak kena, beliaulah yang lantang bersuara meskipun rakyat tahu betapa teruknya beliau sebagai Perdana Menteri. Segala urusan pentadbiran negara, Mahathir cuba campur tangan. Sudah letak jawatan sebagai Perdana Menteri sekalipun, namun masih mahu campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran. Seolah-olah orang lain tidak mampu menandingi apa yang beliau lakukan sepanjang menjadi Perdana Menteri. Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/402894 Ketika menjadi Perdana Menteri, habis semua mahu dirombaknya. Bahkan sistem kehakiman negara juga dirombak oleh Mahathir. Gara-gara tidak berpuas hati dengan penghakiman Mahkamah Tinggi pada 1980-an, Mahathir yang ketika i...

Syed Saddiq, Tunai Janji Lama Dahulu

Image
Baru-baru ini, Syed Saddiq menerusi parti MUDA melancarkan kempen Malaysia Maju. Nak terangkan lebih ringkas, kempen itu dijalankan oleh MUDA untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat dan mendapatkan pungutan suara rakyat tentang isu membelenggu mereka ketika ini. Baguslah usaha itu, namun perlu berhati-hati kalau yang berkata-kata itu adalah Syed Saddiq. Tabur pelbagai janji, namun hasilnya kosong. Bukan tidak pernah berlaku sebelum ini. Sumber: https://www.astroawani.com/berita-politik/muda-lancar-inisiatif-malaysia-maju-372723 Pertama, peluang pekerjaan. Mana perginya janji Syed Saddiq untuk mewujudkan satu juta peluang pekerjaan dalam tempoh lima tahun? Bahkan pengangguran ketika zaman Pakatan Harapan (PH) meningkat sebanyak lebih 1 juta. Anak muda di Malaysia tidak mendapat peluang pekerjaan yang lebih mampan, malah lebih teruk lagi apabila graduan kita terpaksa bekerja sebagai pengutip sampah di Singapura. Syed Saddiq pula masih sempat untuk membuka francais Santan baharu beli...

Langkawi Sekadar ‘Lubuk Emas’ Mahathir

Image
Sejak kes tuntutan Pulau Batu Puteh dibangkitkan semula sejak tahun lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad bukan sahaja enggan mengaku salah, malah cuba memfitnah pihak lain berhubung pengkhianatan negara. Mahathir secara tersirat memfitnah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan kerajaan Johor atas kegiatan 'eksport pasir' selain beliau menyifatkannya sebagai sebuah pengkhianatan kepada negara. Mengapa tiba-tiba mengalihkan perhatian rakyat kepada pihak lain pula? Bukankah lebih elok Mahathir memberi penjelasan sebenar tentang situasi sebenar isu Pulau Batu Puteh, berbanding menuding jari kepada pihak lain? Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/siam-tak-pernah-tuntut-langkawi-tapi-johor-sendiri-dahulu-tak-mahu-tuntut-batu-puteh-dr-mahathir-326458 Kalau hendak bercakap soal pengkhianatan, bukan sedikit perkara yang dilakukan oleh Mahathir. Mahathir sendiri pernah meluluskan empat syarikat berasingan untuk melombong dan mengeksport pasir ke luar negar...

Apa Yang Rakyat Malaysia Dapat Dari Keluarga Billionair Atok?

Image
Kalau bercerita mengenai situasi pandemic covid19 dua tahun lepas ni, ramai rakyat Malaysia yang tertekan dengan pelbagai masalah dari kehilangan pekerjaan, kos kehidupan yang meningkat dan situasi ekonomi yang merudum. Bagi ramai keluarga miskin di luar sana situasinya begitu teruk sehingga hendak menyediakan makanan biasa untuk anak-anak pun sudah menjadi suatu cabaran dan masalah. Namun ada juga keluarga khas yang mungkin telah berkerja keras atau bernasib baik yang memiliki kekayaan yang sangat luar biasa. Kita semua sedia maklum bahawa Tun Dr Mahathir adalah Bapa Kleptokrasi Malaysia. Terdapat pelbagai sumber yang boleh dirujuk mengenai salah laku di bawah pemerintahannya. Sumber: https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2015/05/10/tun-m-lakukan-bailout http://ikanlepu.blogspot.com/2012/04/salahlaku-di-zaman-dr-mahathir.html https://www.youtube.com/watch?v=u3rIllmj84g&feature=youtu.be https://www.malaysia-today.net/2011/08/30/exxonmobil-scandal-starring-mirzan-mahathir/ Di ...